Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Program Lawatan Mobile Team Daerah Kuala Terengganu

Program Lawatan Mobile Team Daerah Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, Selasa, 24 Jun 2020 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) membantu keluarga Encik Rasyid bin Kadir berstatus miskin tegar yang tinggal di Kampung Gong Penaga dengan menghulurkan sumbangan wang tunai sebanyak RM500 termasuk barangan keperluan dapur melalui Program Lawatan Mobile Team yang telah diadakan pada 24 Jun 2020. Lawatan tersebut melibatkan pelbagai agensi antaranya Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Unit Bekalan Air Bersih & Kebersihan Alam Sekitar (BAKAS), Pejabat Penyelaras DUN, Pengerusi MPKK dan diselaraskan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu (PPNT), dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Terengganu.

Lawatan kali ini melibatkan sebanyak 4 buah keluarga yang berstatus miskin. Keluarga terakhir yang dilawati ialah Encik Yusof bin Maruslan, berumur 34 tahun tinggal di Kampung Undang yang bekerja sebagai buruh binaan. Beliau tinggal bersama isteri dan 3 anak yang masih kecil dan bersekolah. Beliau menghadapi masalah bekalan air bersih yang menyukarkan beliau sekeluarga untuk kegunaan seharian. Oleh itu, bantuan yang dicadangkan adalah Bantuan Bekalan Air Bersih daripada (Unit BAKAS) di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Selain itu, Bantuan Sara Hidup oleh (MAIDAM), Bantuan Inspirasi Musa’adah Aidilfitri oleh (YaPEIM) dan Bantuan Kanak-Kanak oleh (JKM) juga adalah bantuan yang dipertimbangkan untuk keluarga Encik Yusof.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 28/06/2020

110 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI TERENGGANU
Tingkat 10, Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu
TERENGGANU DARUL IMAN

Tel : 09 - 6272000 
Faks : 09 - 6243101
Aktiviti 2020
Ogos Julai Jun Mac Februari Januari