Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Majlis Penyerahan Projek Membina Blok Psikiatrik Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu

Majlis Penyerahan Projek Membina Blok Psikiatrik Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 29 Jun 2019 (Isnin) - Majlis Penyerahan Projek Membina Blok Psikiatrik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) telah disempurnakan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu, Ir. Haji Yusuf bin Abd. Ghani kepada Dr. Mohd Khalid bin Abdul Samad, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Majlis penyerahan ini disaksikan oleh Pengarah Pembangunan Negeri Terengganu, YH. Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi, Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah(HSNZ) dan pegawai-pegawai daripada HSNZ, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu dan Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu.

Projek ini dilaksanakan secara konvensional (perunding)/tender terbuka dan kontraktor yang melaksanakan projek ini adalah Mec Jati Consortium Sdn. Bhd. Outcome projek ini adalah untuk meningkatkan kualiti kesihatan penduduk setempat. Blok psikiatrik yang lama telah usang dan tidak selamat. Pada Mei 2008, wad pesakit dalam psikiatri telah dipindahkan ke Hospital Hulu Terengganu dan ini mengurangkan katil dari 52 ke 30 katil. Wad sebelum ini tidak sesuai kerana tiada pemisahan antara pesakit psikotik, non-psychotic dan adolescent. Klinik pakar dan perkhidmatan seperti ECT juga terpisah dari wad menyebabkan masalah kepada pesakit dan kakitangan. Keadaan sedia ada juga tidak selaras dengan perkembangan perkhidmatan di mana sejak 5 tahun kebelakangan telah diwujudkan perkhidmatan seperti child and adolescent psychiatry, psychogeriatrics, addiction psychiatric, liaison psychiatry dan lain-lain. Blok baru ini akan menempatkan wad yang lebih sesuai dan selamat untuk pesakit dan juga suasana kerja yang selesa untuk kakitangan.

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Kerja Raya, pihak kontraktor utama dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek dapat disiapkan dan diserahkan kepada pihak pelanggan dengan jayanya.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Pemantauan dan Penilaian
Kemas kini 30/06/2020

120 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI TERENGGANU
Tingkat 10, Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu
TERENGGANU DARUL IMAN

Tel : 09 - 6272000 
Faks : 09 - 6243101
Aktiviti 2020
Ogos Julai Jun Mac Februari Januari