Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Terengganu (MTPNg) Bil. 1/2020

Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Terengganu (MTPNg)  Bil. 1/2020

KUALA TERENGGANU, 22 Jun 2019 (Isnin) – Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Terengganu Bil. 1/2020 yang dipengerusikan oleh YAB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar telah diadakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Wisma Darul Iman. Antara Ahli Mesyuarat Majlis ini ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato’ Mohd Zahari bin Md Azahar, Timbalan Ketua Pengarah ICU JPM, YBhg. Dr. Aizi Razman bin Ismail, Pengarah Pembangunan Negeri, YH. Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi dan turut dihadiri oleh YB. Exco Negeri, Pegawai Daerah dan Ketua – Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan/Negeri Terengganu.

Secara umumnya, fungsi utama mesyuarat MTPNg ialah memastikan keputusan Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) dilaksanakan di peringkat negeri dan menangani isu/masalah pelaksanaan program/projek Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) di peringkat negeri. Antara agenda lain, Bahagian/Agensi turut membentangkan kertas Taklimat seperti ;

  • Status Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT237 (dari Exit Chukai LPT2 Menuju Ke FT003), Kemaman, Terengganu;
  • Status Semasa Pelaksanaan Projek-Projek Fizikal Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 2020 di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB);
  • Peranan Pegawai Daerah Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) berdasarkan Arahan No. 1 2020 Mekanisme Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Negara; dan
  • Norma Baharu Budaya Kerja di Agensi/Jabatan di Negeri Terengganu Pasca COVID-19.

YAB Pengerusi turut mengalu-alukan kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Terengganu dalam memastikan peruntukan projek dikhususkan bukan sahaja untuk projek-projek infrastruktur malah turut memfokuskan kepada projek dan program yang mempunyai multiplier effect yang boleh membangunkan ekonomi rakyat Negeri Terengganu Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Pemantauan dan Penilaian
Kemas kini 24/06/2020

223 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI TERENGGANU
Tingkat 10, Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu
TERENGGANU DARUL IMAN

Tel : 09 - 6272000 
Faks : 09 - 6243101
Aktiviti 2020
September Ogos
   Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Besut Bil. 2/2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Hulu Terengganu Bil. 3/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Baru Kompleks Sukan Hulu Terengganu    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Marang Bil. 6/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Jalan Daripada Kampung Pecah Rotan Ke Kampung Mengabang Lekor, Kuala Terengganu, Terengganu    Pengundian Projek-Projek Kecil Siri 2 Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu Tahun 2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 30 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Permai, Kemaman, Terengganu    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 18 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Serada, Kuala Terengganu, Terengganu    Program Pemantapan Organisasi PPNT, ICUJPM    Majlis Apresiasi Dan Jasamu Dikenang PPNT Tahun 2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Kuala Nerus Bil. 2/2020    Lawatan Healthcheck : Projek Pembinaan Politeknik Besut Terengganu (Reka Dan Bina)    Mesyuarat Troubleshooting Projek Sakit : Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Daerah Besut, Terengganu    Lawatan Tapak Sebutharga Projek Membina Baru Longkang Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Simpang Jalan Alor Mak Bah, Kg. Bemban, Dungun    Mesyuarat Penyelarasan Membaikpulih Prasarana Di SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu    Taklimat Pengenalan Serta Latihan Penggunaan MyDC2
Julai Jun Mac Februari Januari