Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Program Lawatan Mobile Team Daerah Besut

Program Lawatan Mobile Team Daerah Besut

BESUT, Ahad, 1 Mac 2020 - Seramai Sepuluh (10) Ketua Isi Rumah (KIR) telah dilawati dalam Program Lawatan Mobile Team Daerah Besut yang diadakan pada 1 & 2 Mac 2020. Antara agensi yang hadir adalah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Besut (PKMD Besut), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), GIATMARA, Pejabat Kesihatan Daerah Besut, Team Klinik Kesihatan Jabi, Unit Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS) Kesihatan Daerah Besut, Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Penghulu Mukim, Pejabat Penyelaras DUN dan Pengerusi MPKK. Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu (PPNT) selaku penganjur program mengetuai lawatan untuk bersama-sama turun padang menziarah peserta yang memerlukan bantuan dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Salah sebuah keluarga yang dilawati ialah Encik Mohd Noor Bin Ab Kadir, beliau tinggal bersama 6 anggota isi rumah di rumah jenis PPRT dari tahun 2008. 3 daripada 5 orang anaknya mempunyai masalah Orang Kurang Upaya (OKU) Pembelajaran dan mengikuti program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Beliau yang bekerja mengambil upah menabur dan meracun padi, selain mencari belut sawah bersama isteri untuk menambah pendapatan harian. Bantuan yang diluluskan semasa lawatan adalah Bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada anak beliau yang telah bekerja sebagai pembantu kedai dan MAIDAM juga meluluskan Bantuan Sara Hidup MAIDAM RM2000 setahun. Manakala YaPEIM akan mempertimbangkan Bantuan Dana Inspirasiku sebanyak RM500 bagi sebuah keluarga dan daripada Pejabat Kesihatan Unit BAKAS juga akan mempertimbangkan Bantuan Sistem Bekalan Air Graviti (GFS), Sistem Tandas Sanitari, Sistem Pelupusan Air Limbah (SPAL) dan Sistem Pelupusan Sisa Pepejal (SPSP).

GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Mohd Izwan Jaafar _ Seksyen Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 03/03/2020

480 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI TERENGGANU
Tingkat 10, Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu
TERENGGANU DARUL IMAN

Tel : 09 - 6272000 
Faks : 09 - 6243101
Aktiviti 2020
September Ogos
   Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Besut Bil. 2/2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Hulu Terengganu Bil. 3/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Baru Kompleks Sukan Hulu Terengganu    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Marang Bil. 6/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Jalan Daripada Kampung Pecah Rotan Ke Kampung Mengabang Lekor, Kuala Terengganu, Terengganu    Pengundian Projek-Projek Kecil Siri 2 Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu Tahun 2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 30 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Permai, Kemaman, Terengganu    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 18 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Serada, Kuala Terengganu, Terengganu    Program Pemantapan Organisasi PPNT, ICUJPM    Majlis Apresiasi Dan Jasamu Dikenang PPNT Tahun 2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Kuala Nerus Bil. 2/2020    Lawatan Healthcheck : Projek Pembinaan Politeknik Besut Terengganu (Reka Dan Bina)    Mesyuarat Troubleshooting Projek Sakit : Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Daerah Besut, Terengganu    Lawatan Tapak Sebutharga Projek Membina Baru Longkang Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Simpang Jalan Alor Mak Bah, Kg. Bemban, Dungun    Mesyuarat Penyelarasan Membaikpulih Prasarana Di SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu    Taklimat Pengenalan Serta Latihan Penggunaan MyDC2
Julai Jun Mac Februari Januari