Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Program Lawatan Mobile Team Daerah Setiu

Program Lawatan Mobile Team Daerah Setiu

SETIU, Khamis, 27 Februari 2020 – Program Lawatan Mobile Team adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu peserta eKasih yang mengalami masalah kritikal sama ada dari segi kesihatan, persekolahan anak dan sebagainya. Seramai dua belas (12) Ketua Isi Rumah (KIR) telah dilawati dalam Program Lawatan Mobile Team Daerah Setiu yang diadakan pada 26 dan 27 Februari 2020 di mana Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu (PPNT) dan Pejabat Daerah Setiu adalah penyelaras program . Antara agensi yang terlibat adalah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Setiu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Daerah Setiu, Penghulu Mukim, Pejabat Penyelaras DUN Permaisuri dan DUN Langkap serta Pengerusi MPKK yang berkaitan.

Salah sebuah keluarga yang dilawati ialah Encik Mat Kail bin Mohamad Nor di Kampung Banggol, Permaisuri, yang mengidap sakit jantung dan kencing manis. Beliau tidak dapat bekerja sejak setahun yang lalu kerana masalah jantung. Beliau tinggal bersama isteri dan 3 orang anak di rumah yang sangat daif dan buruk. Keluarga beliau kini bergantung harap kepada anak kedua yang bekerja sebagai mekanik motorsikal serta kerja buruh kampung. Keluarga ini akan dipertimbangkan Bantuan Perubatan dan Modal Perniagaan daripada MAIDAM serta Bantuan Am daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Keluarga yang terakhir yang dilawati ialah Encik Mohd Sobri bin Aripin yang tinggal di Kampung Batu 24, Sungai Tong, Langkap. Beliau tinggal bersama ayah, ibu serta dan 2 orang anak saudara yang sedang menunggu keputusan SPM dan seorang yang masih bersekolah menengah. Penama seorang OKU fizikal lumpuh badan dari dada hingga ke kaki akibat kemalangan jalan raya sejak 13 tahun yang lalu. Ayah penama menghidap sakit kencing manis, Hepatitis B dan buah pinggang manakala ibu menghidap penyakit kencing manis dan buah pinggang yang kronik dan kini sedang menjalani rawatan mencuci buah pinggang 3 kali seminggu. Bantuan yang akan dipertimbangkan adalah Bantuan Perubatan daripada MAIDAM dan Bantuan Am (BA) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Mohd Almin Ahmad
Kemas kini 27/02/2020

316 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI TERENGGANU
Tingkat 10, Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu
TERENGGANU DARUL IMAN

Tel : 09 - 6272000 
Faks : 09 - 6243101
Aktiviti 2020
September Ogos
   Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Besut Bil. 2/2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Hulu Terengganu Bil. 3/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Baru Kompleks Sukan Hulu Terengganu    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Marang Bil. 6/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Jalan Daripada Kampung Pecah Rotan Ke Kampung Mengabang Lekor, Kuala Terengganu, Terengganu    Pengundian Projek-Projek Kecil Siri 2 Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu Tahun 2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 30 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Permai, Kemaman, Terengganu    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 18 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Serada, Kuala Terengganu, Terengganu    Program Pemantapan Organisasi PPNT, ICUJPM    Majlis Apresiasi Dan Jasamu Dikenang PPNT Tahun 2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Kuala Nerus Bil. 2/2020    Lawatan Healthcheck : Projek Pembinaan Politeknik Besut Terengganu (Reka Dan Bina)    Mesyuarat Troubleshooting Projek Sakit : Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Daerah Besut, Terengganu    Lawatan Tapak Sebutharga Projek Membina Baru Longkang Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Simpang Jalan Alor Mak Bah, Kg. Bemban, Dungun    Mesyuarat Penyelarasan Membaikpulih Prasarana Di SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu    Taklimat Pengenalan Serta Latihan Penggunaan MyDC2
Julai Jun Mac Februari Januari