Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Program Lawatan Mobile Team Daerah Hulu Terengganu

Program Lawatan Mobile Team Daerah Hulu Terengganu

HULU TERENGGANU, Khamis, 27 Februari 2020 - Seramai Sepuluh (10) Ketua Isi Rumah (KIR) telah dilawati dalam Program Lawatan Mobile Team Daerah Hulu Terengganu yang diadakan pada 26 dan 27 Februari 2020. Antara agensi yang terlibat adalah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Terengganu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Hulu Terengganu, Penghulu Mukim, Pejabat Penyelaras DUN dan Pengerusi MPKK. Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu (PPNT) dan Pejabat Daerah Hulu Terengganu adalah selaku penganjur program mengetuai lawatan untuk bersama-sama turun padang menziarah peserta yang memerlukan bantuan dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Salah sebuah keluarga yang dilawati di Kampung Teris, Hulu Telemong ialah Puan Zaleha binti Mohd Husin, seorang ibu tunggal yang baru kematian suami dan hilang punca pendapatan. Beliau tinggal bersama 4 orang anak dan tiga orang yang masih bersekolah. Beliau yang tidak bekerja hanya mengharapkan bantuan dari saudara terdekat dan orang kampung. Bantuan yang dipertimbangkan semasa lawatan adalah Bantuan Sarahidup daripada MAIDAM dan Bantuan Kanak-Kanak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Keluarga yang terakhir yang dilawati adalah Puan Raja Roslinda di Kampung Felda bukit Bading. Beliau tinggal bersama 5 orang anak yang masih bersekolah. Suami KIR sudah 5 tahun tidak pulang ke rumah dan membiarkan beliau "gantung tak bertali". Segala perbelanjaan sekolah anak ditanggung oleh beliau sepenuhnya. Bantuan yang akan dipertimbangkan adalah Bantuan Sara hidup daripada MAIDAM dan Bantuan Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Maisarah Ab Hamid
Kemas kini 28/02/2020

404 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI TERENGGANU
Tingkat 10, Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu
TERENGGANU DARUL IMAN

Tel : 09 - 6272000 
Faks : 09 - 6243101
Aktiviti 2020
September Ogos
   Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Besut Bil. 2/2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Hulu Terengganu Bil. 3/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Baru Kompleks Sukan Hulu Terengganu    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Marang Bil. 6/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Jalan Daripada Kampung Pecah Rotan Ke Kampung Mengabang Lekor, Kuala Terengganu, Terengganu    Pengundian Projek-Projek Kecil Siri 2 Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu Tahun 2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 30 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Permai, Kemaman, Terengganu    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 18 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Serada, Kuala Terengganu, Terengganu    Program Pemantapan Organisasi PPNT, ICUJPM    Majlis Apresiasi Dan Jasamu Dikenang PPNT Tahun 2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Kuala Nerus Bil. 2/2020    Lawatan Healthcheck : Projek Pembinaan Politeknik Besut Terengganu (Reka Dan Bina)    Mesyuarat Troubleshooting Projek Sakit : Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Daerah Besut, Terengganu    Lawatan Tapak Sebutharga Projek Membina Baru Longkang Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Simpang Jalan Alor Mak Bah, Kg. Bemban, Dungun    Mesyuarat Penyelarasan Membaikpulih Prasarana Di SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu    Taklimat Pengenalan Serta Latihan Penggunaan MyDC2
Julai Jun Mac Februari Januari