Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Program Lawatan Mobile Team Daerah Marang

Program Lawatan Mobile Team Daerah Marang

MARANG, Rabu, 26 Februari 2020 - Seramai Lima (5) Ketua Isi Rumah (KIR) telah dilawati dalam Program Lawatan Mobile Team Daerah Marang yang diadakan pada 26 Februari 2020. Antara agensi yang terlibat adalah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Marang, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Pejabat Penyelaras DUN dan Pengerusi MPKK. Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu (PPNT) dan Pejabat Daerah Marang adalah selaku penganjur program mengetuai lawatan untuk bersama-sama turun padang menziarah peserta yang memerlukan bantuan dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Salah sebuah keluarga yang dilawati ialah Encik Rashid bin Jusoh di Kampung Sentul Patah yang berumur 60 tahun dan seorang tidak bekerja kerana sakit kronik, tinggal bersama tiga orang anaknya. Dua anak telah bekerja dan seorang msaih bersekolah. Beliau menghidap penyakit buah pinggang (dialisis) adalah satu rawatan untuk pesakit penyakit buah pinggang kronik yang teruk. Proses ini menggunakan peritoneum di perut pesakit sebagai selaput bagi pertukaran cecair dan bahan-bahan terlarut (elektrolit, urea, glukosa, dan lain-lain molekul kecil) dengan darah. Pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) membekalkan air cucian setiap sebulan kepada KIR. MAIDAM dan YAPEIM akan mempertimbangkan Bantuan Perubatan kepada KIR.

Keluarga yang terakhir yang dilawati ialah Encik Wan Abdul Aziz bin Wan Ibrahim, berumur 51 tahun tinggal di Kampung Baru Pengkalan Berangan dengan seramai tiga (3) Ahli Isi Rumah (AIR). Beliau menghidapi jangkitan Hepatitis C dan boleh menyebabkan pembengkakan hati. Isterinya mengidap penyakit tiroid, manakala anak pula mempunyai asma dan sakit jantung. Beliau dan AIR sentiasa menjalani rawatan di Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan. Bantuan yang dipertimbangkan adalah Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Bantuan Perubatan YAPEIM.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Muhammad Kamaruddin Razali - Seksyen Pengurusan Sosial
Kemas kini 27/02/2020

402 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI TERENGGANU
Tingkat 10, Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu
TERENGGANU DARUL IMAN

Tel : 09 - 6272000 
Faks : 09 - 6243101
Aktiviti 2020
September Ogos
   Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Besut Bil. 2/2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Hulu Terengganu Bil. 3/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Baru Kompleks Sukan Hulu Terengganu    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Marang Bil. 6/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Jalan Daripada Kampung Pecah Rotan Ke Kampung Mengabang Lekor, Kuala Terengganu, Terengganu    Pengundian Projek-Projek Kecil Siri 2 Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu Tahun 2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 30 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Permai, Kemaman, Terengganu    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 18 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Serada, Kuala Terengganu, Terengganu    Program Pemantapan Organisasi PPNT, ICUJPM    Majlis Apresiasi Dan Jasamu Dikenang PPNT Tahun 2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Kuala Nerus Bil. 2/2020    Lawatan Healthcheck : Projek Pembinaan Politeknik Besut Terengganu (Reka Dan Bina)    Mesyuarat Troubleshooting Projek Sakit : Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Daerah Besut, Terengganu    Lawatan Tapak Sebutharga Projek Membina Baru Longkang Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Simpang Jalan Alor Mak Bah, Kg. Bemban, Dungun    Mesyuarat Penyelarasan Membaikpulih Prasarana Di SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu    Taklimat Pengenalan Serta Latihan Penggunaan MyDC2
Julai Jun Mac Februari Januari