Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Program Lawatan Mobile Team Daerah Kuala Nerus

Program Lawatan Mobile Team Daerah Kuala Nerus

KUALA NERUS, Rabu, 26 Februari 2020 – Seramai Sepuluh (10) Ketua Isi Rumah (KIR) telah dilawati dalam Program Lawatan Mobile Team Daerah Kuala Nerus yang diadakan pada 25 & 26 Februari 2020. Antara agensi yang terlibat adalah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Nerus, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Penghulu Mukim, Pejabat Penyelaras DUN dan Pengerusi MPKK. Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu (PPNT) dan Pejabat Daerah Kuala Nerus adalah selaku penganjur program mengetuai lawatan untuk bersama-sama turun padang menziarah peserta yang memerlukan bantuan dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Salah sebuah keluarga yang dilawati ialah Puan Adenan Binti Sulong, seorang ibu tunggal, tinggal bersama 7 orang anak dan seorang yang masih bersekolah. Beliau yang tidak bekerja ekoran masalah kesihatan lumpuh separuh badan kerana masalah saraf. Bantuan yang dipertimbangkan semasa lawatan adalah Bantuan Perubatan daripada MAIDAM dan Bantuan Am daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Keluarga yang terakhir yang dilawati ialah Encik Che Omar Bin Che Yatim, berumur 62 tahun di Kampung Baru Seberang Takir. Beliau tinggal bersama isteri dan 2 orang anak OKU masalah pembelajaran. Beliau menghidapi penyakit Parkinson tahap kelima. Isteri kir juga mempunyai masalah kesihatan iaitu masalah bengkak usus. Bantuan yang dipertimbangkan adalah Bantuan Perubatan daripada MAIDAM dan Bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada anak KIR.

GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Mohd Ridwan Omar - Seksyen Pengurusan Sosial
Kemas kini 27/02/2020

334 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI TERENGGANU
Tingkat 10, Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu
TERENGGANU DARUL IMAN

Tel : 09 - 6272000 
Faks : 09 - 6243101
Aktiviti 2020
September Ogos
   Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Besut Bil. 2/2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Hulu Terengganu Bil. 3/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Baru Kompleks Sukan Hulu Terengganu    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Marang Bil. 6/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Jalan Daripada Kampung Pecah Rotan Ke Kampung Mengabang Lekor, Kuala Terengganu, Terengganu    Pengundian Projek-Projek Kecil Siri 2 Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu Tahun 2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 30 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Permai, Kemaman, Terengganu    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 18 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Serada, Kuala Terengganu, Terengganu    Program Pemantapan Organisasi PPNT, ICUJPM    Majlis Apresiasi Dan Jasamu Dikenang PPNT Tahun 2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Kuala Nerus Bil. 2/2020    Lawatan Healthcheck : Projek Pembinaan Politeknik Besut Terengganu (Reka Dan Bina)    Mesyuarat Troubleshooting Projek Sakit : Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Daerah Besut, Terengganu    Lawatan Tapak Sebutharga Projek Membina Baru Longkang Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Simpang Jalan Alor Mak Bah, Kg. Bemban, Dungun    Mesyuarat Penyelarasan Membaikpulih Prasarana Di SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu    Taklimat Pengenalan Serta Latihan Penggunaan MyDC2
Julai Jun Mac Februari Januari