Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Lawatan Kerja YB Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Ke Negeri Terengganu.

Lawatan Kerja YB Dato

14 Februari 2020, Kuala Nerus - Satu lawatan kerja rasmi oleh YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi ke Negeri Terengganu bagi membuat beberapa tinjauan projek pembangunan. Ketibaan YB Menteri disambut pada jam 8.00 pagi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), K.Terengganu, seterusnya YB Dato’ Seri membuat kunjungan hormat kepada Menteri Besar Terengganu iaitu YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar di Kediaman Seri Iman, Terengganu. Selanjutnya YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dibawa melawat Pasar Payang dan projek Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Drawbridge. Umumnya, tarikan terbaru di Terengganu ini juga dikenali sebagai jambatan angkat 'drawbridge' yang cukup menarik untuk kedatangan pelancong dalam mahupun luar negara.

Lawatan seterusnya adalah ke Kem Seri Pantai 18 RAMD (PARA) Seberang Takir, Kuala Nerus disamping untuk Solat Jumaat dan penyerahan 'Mock Cheque' kepada Pegawai Pemerintah kem tersebut. Masjid Baru Kem Seri Pantai 18 RAMD (PARA) Seberang Takir, Kuala Nerus di jangka bina pada Jun 2020 oleh JKR Terengganu dengan peruntukan sebanyak RM5.0 Juta. Masjid ini dapat menampung seramai 1,000 jemaah dalam satu masa. Spesifikasi masjid meliputi bangunan masjid, bangunan tandas/tempat wuduk lelaki dan perempuan, bilik mandi jenazah dan wakaf.

Di samping itu turut hadir ke program ini ialah Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM YBhg. Datuk Nor Azri bin Zulfakar, Pengarah Pembangunan Negeri Terengganu, YH. Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi, Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Encik Abdul Kahar bin Abdul Latif serta pegawai- pegawai daripada Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu.

Lawatan kerja sehari tersebut selesai pada jam 3.00 petang dan YB Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin bin berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada jam 3.55 petang.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Nasuha Ismail@sulong - Seksyen Khas
Kemas kini 16/02/2020

364 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI TERENGGANU
Tingkat 10, Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu
TERENGGANU DARUL IMAN

Tel : 09 - 6272000 
Faks : 09 - 6243101
Aktiviti 2020
September Ogos
   Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Besut Bil. 2/2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Hulu Terengganu Bil. 3/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Baru Kompleks Sukan Hulu Terengganu    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Marang Bil. 6/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Jalan Daripada Kampung Pecah Rotan Ke Kampung Mengabang Lekor, Kuala Terengganu, Terengganu    Pengundian Projek-Projek Kecil Siri 2 Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu Tahun 2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 30 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Permai, Kemaman, Terengganu    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 18 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Serada, Kuala Terengganu, Terengganu    Program Pemantapan Organisasi PPNT, ICUJPM    Majlis Apresiasi Dan Jasamu Dikenang PPNT Tahun 2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Kuala Nerus Bil. 2/2020    Lawatan Healthcheck : Projek Pembinaan Politeknik Besut Terengganu (Reka Dan Bina)    Mesyuarat Troubleshooting Projek Sakit : Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Daerah Besut, Terengganu    Lawatan Tapak Sebutharga Projek Membina Baru Longkang Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Simpang Jalan Alor Mak Bah, Kg. Bemban, Dungun    Mesyuarat Penyelarasan Membaikpulih Prasarana Di SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu    Taklimat Pengenalan Serta Latihan Penggunaan MyDC2
Julai Jun Mac Februari Januari