Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Majlis Penyerahan Projek Membina Dan Menyiapkan Dewan Terbuka Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Dun Pengkalan Berangan, Marang, Terengganu

Majlis Penyerahan Projek Membina Dan Menyiapkan Dewan Terbuka Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Dun Pengkalan Berangan, Marang, Terengganu

28 Januari 2020, Marang – Satu majlis penyerahan projek Membina Dan Menyiapkan Dewan Terbuka Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Dun Pengkalan Berangan, Marang, Terengganu telah diadakan pada hari ini. Majlis penyerahan disempurnakan oleh Tuan Haji Kahar bin Abdul Latif (Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Terengganu) dan turut dihadiri oleh Encik Khalid bin Awang (Majlis Daerah Marang), Encik Ir Hanafi bin Abdullah (Ketua Penolong Pengarah Teknikal, PPNT Terengganu), Encik Ahmad Haffiz bin Ahmad Mokhtar (Ketua Penolong Pengarah Khas, PPN Terengganu), pegawai Majlis Daerah Marang, pegawai PPN Terengganu, kontraktor LR Enterprise dan MPKK setempat.

Majlis penyerahan ini bermula jam 10.30 pagi disempurnakan dengan menandatangani dokumen penyerahan daripada kontraktor kepada PPN Terengganu dan seterusnya PPN Terengganu kepada Majlis Daerah Marang. Diharap Majlis Daerah Marang dapat menyelaras penggunaan dan penyelenggaraan dewan ini dengan sebaiknya.

Secara ringkasnya, projek ini merupakan projek yang diluluskan oleh YAB TPM pada tahun 2017 dengan kos peruntukan keseluruhan sebanyak RM400,000.00. Dewan terbuka ini dilengkapi dengan pentas, stor dan tandas.

PPN Terengganu merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini. PPN Terengganu berharap dewan ini dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan juga aktiviti riadah.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Nurul ATTEEYA MAZLAN - SEKSYEN KHAS
Kemas kini 30/01/2020

658 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI TERENGGANU
Tingkat 10, Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu
TERENGGANU DARUL IMAN

Tel : 09 - 6272000 
Faks : 09 - 6243101
Aktiviti 2020
September Ogos
   Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Besut Bil. 2/2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Hulu Terengganu Bil. 3/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Baru Kompleks Sukan Hulu Terengganu    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Marang Bil. 6/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Jalan Daripada Kampung Pecah Rotan Ke Kampung Mengabang Lekor, Kuala Terengganu, Terengganu    Pengundian Projek-Projek Kecil Siri 2 Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu Tahun 2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 30 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Permai, Kemaman, Terengganu    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 18 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Serada, Kuala Terengganu, Terengganu    Program Pemantapan Organisasi PPNT, ICUJPM    Majlis Apresiasi Dan Jasamu Dikenang PPNT Tahun 2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Kuala Nerus Bil. 2/2020    Lawatan Healthcheck : Projek Pembinaan Politeknik Besut Terengganu (Reka Dan Bina)    Mesyuarat Troubleshooting Projek Sakit : Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Daerah Besut, Terengganu    Lawatan Tapak Sebutharga Projek Membina Baru Longkang Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Simpang Jalan Alor Mak Bah, Kg. Bemban, Dungun    Mesyuarat Penyelarasan Membaikpulih Prasarana Di SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu    Taklimat Pengenalan Serta Latihan Penggunaan MyDC2
Julai Jun Mac Februari Januari