Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Majlis Penyerahan Projek Membina Sebuah Terminal Pengangkutan Awam Bas Ekspress Di Bandar Seri Kertih, Kemaman, Terengganu

Majlis Penyerahan Projek Membina Sebuah Terminal Pengangkutan Awam Bas Ekspress Di Bandar Seri Kertih, Kemaman, Terengganu

Kemaman, 15 Mei 2019 – Satu Majlis Penyerahan Projek Membina Sebuah Terminal Pengangkutan Awam Bas Ekspress di Bandar Seri Kertih, Kemaman, Terengganu telah diadakan pada hari ini. Majlis penyerahan yang dihadiri oleh YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi (Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu), Tuan Haji Wan Mohd Zaki Bin Wan Abdullah (Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Kemaman), kontraktor Aras Atas Enterprise, syarikat konsultan, MPK, dan pegawai-pegawai Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu.

Majlis penyerahan ini yang bermula jam 10.00 pagi disempurnakan dengan penyerahan replika kunci daripada PPPN Terengganu kepada Majlis Perbandaran Kemaman. Diharap MPK dapat menyelaras penggunaan dan penyelenggaraan terminal bas ini dengan sebaiknya.

Projek ini merupakan projek yang diluluskan oleh YAB PM dengan kos peruntukan keseluruhan sebanyak RM2.0 juta. Terminal bas ini dilengkapi dengan 3 bay serta kemudahan surau, tandas, tempat penjualan tiket dan gerai makanan.

PPPN Terengganu merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini terutama MPK selaku agensi pelaksana projek dan kontraktor Aras Atas Enterprise. Diharap terminal bas ini memberi manfaat kepada penduduk setempat.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Engku Norhayati ku Ismail - Seksyen Khas
Kemas kini 19/05/2019

439 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI TERENGGANU
Tingkat 10, Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu
TERENGGANU DARUL IMAN

Tel : 09 - 6272000 
Faks : 09 - 6243101
Aktiviti 2020
September Ogos
   Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Besut Bil. 2/2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Hulu Terengganu Bil. 3/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Baru Kompleks Sukan Hulu Terengganu    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Marang Bil. 6/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Jalan Daripada Kampung Pecah Rotan Ke Kampung Mengabang Lekor, Kuala Terengganu, Terengganu    Pengundian Projek-Projek Kecil Siri 2 Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu Tahun 2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 30 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Permai, Kemaman, Terengganu    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 18 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Serada, Kuala Terengganu, Terengganu    Program Pemantapan Organisasi PPNT, ICUJPM    Majlis Apresiasi Dan Jasamu Dikenang PPNT Tahun 2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Kuala Nerus Bil. 2/2020    Lawatan Healthcheck : Projek Pembinaan Politeknik Besut Terengganu (Reka Dan Bina)    Mesyuarat Troubleshooting Projek Sakit : Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Daerah Besut, Terengganu    Lawatan Tapak Sebutharga Projek Membina Baru Longkang Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Simpang Jalan Alor Mak Bah, Kg. Bemban, Dungun    Mesyuarat Penyelarasan Membaikpulih Prasarana Di SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu    Taklimat Pengenalan Serta Latihan Penggunaan MyDC2
Julai Jun Mac Februari Januari