Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Program Lawatan Mobile Team Daerah Kuala Nerus

Program Lawatan Mobile Team Daerah Kuala Nerus

KUALA TERENGGANU, 17 Julai 2019 – Seramai lapan (8) Ketua Isi Rumah (KIR) telah dilawati dalam Program Lawatan Mobile Team Daerah Kuala Nerus yang diadakan pada 28 Julai 2019. Antara agensi yang terlibat adalah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Nerus, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dan Pengerusi MPKK. Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu (PPNT) dan Pejabat Daerah Kuala Nerus adalah selaku penganjur program ini.

Keluarga pertama Encik Wan Kamaruddin bin Wan Ngah, tidak bekerja kerana mengalami masalah kesihatan iaitu lumpuh separuh badan selepas mengalami kemalangan jalan raya, tinggal bersama isteri dan 5 orang anak, beliau memerlukan Bantuan Perubatan dan Bantuan Penjagaan Sakit Terlantar. Keluarga kedua, Encik Yusof bin Muhamad, mempunyai penyakit Barah Prostat dan Batu Karang, isteri KIR hanya bekerja sebagai tukang sapu. KIR mempunyai 4 orang anak, 1 OKU (masalah pembelajaran). Bantuan dipertimbangkan adalah Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Am Bulanan.

Keluarga ketiga, Encik Sulaiman bin Ibrahim, mempunyai masalah penyakit jantung, tinggal bersama isteri dan 3 orang anak yang masih bersekolah. Bantuan yang dipertimbangkan semasa lawatan adalah Bantuan Am Bulanan. Keluarga keempat, Puan Siti Fatimah Binti Che Hing merupakan seorang balu, tinggal bersama seorang anak dan 3 orang cucu. Beliau merupakan penerima Bantuan Sara Hidup secara bulanan tetapi masih tidak mampu menampung perbelanjaan keluarga, bantuan yang dicadangkankan adalah Bantuan Kanak-kanak.

Keluarga seterusnya Encik Shaari bin Ngah @ Mamat, beliau dan isteri tinggal bersama 3 orang anak yang masih bersekolah rendah. Bantuan dipertimbangkan oleh agensi adalah Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Am Bulanan. Keluarga keenam, Encik Mohd Zulkifli bin Ambak tidak berkerja ekoran kecederaan tangan terkena Mesin Kayu, kaki kiri patah dan retak akibat jatuh daripada pokok. KIR mempunyai hutang tunggakan bil elekrik TNB. Bantuan yang dipertimbangkan adalah Bantuan Berhutang dan Bantuan Sara Hidup.

Keluarga Mobile Team seterusnya Encik Izani bin Ibrahim, KIR bekerja sebagai pengupas kelapa, tinggal bersama isteri dan 4 orang anak, 2 orang OKU (masalah pembelajaran). manakala pula isteri KIR menghidapi penyakit Barah Payudara. Bantuan yang dipertimbangkan adalah Bantuan Sara Hidup. Keluarga yang terakhir adalah keluarga Encik Salleh bin Pit tidak bekerja kerana mengalami masalah kesihatan tinggal bersama isteri dan 3 orang anak berserta 5 orang cucu. bantuan yang dipertimbangkan adalah Bantuan Sara Hidup.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Mohd Ridhwan Omar - Seksyen Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 21/07/2019

356 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI TERENGGANU
Tingkat 10, Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu
TERENGGANU DARUL IMAN

Tel : 09 - 6272000 
Faks : 09 - 6243101
Aktiviti 2020
September Ogos
   Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Besut Bil. 2/2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Hulu Terengganu Bil. 3/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Baru Kompleks Sukan Hulu Terengganu    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Marang Bil. 6/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Jalan Daripada Kampung Pecah Rotan Ke Kampung Mengabang Lekor, Kuala Terengganu, Terengganu    Pengundian Projek-Projek Kecil Siri 2 Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu Tahun 2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 30 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Permai, Kemaman, Terengganu    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 18 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Serada, Kuala Terengganu, Terengganu    Program Pemantapan Organisasi PPNT, ICUJPM    Majlis Apresiasi Dan Jasamu Dikenang PPNT Tahun 2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Kuala Nerus Bil. 2/2020    Lawatan Healthcheck : Projek Pembinaan Politeknik Besut Terengganu (Reka Dan Bina)    Mesyuarat Troubleshooting Projek Sakit : Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Daerah Besut, Terengganu    Lawatan Tapak Sebutharga Projek Membina Baru Longkang Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Simpang Jalan Alor Mak Bah, Kg. Bemban, Dungun    Mesyuarat Penyelarasan Membaikpulih Prasarana Di SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu    Taklimat Pengenalan Serta Latihan Penggunaan MyDC2
Julai Jun Mac Februari Januari