Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Majlis Penyerahan Projek Bina Baru Dewan Serbaguna Terbuka Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di SK Seberang Takir, Kuala Nerus

Majlis Penyerahan Projek Bina Baru Dewan Serbaguna Terbuka Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di SK Seberang Takir, Kuala Nerus

KUALA NERUS, 16 Januari 2019– Satu Majlis Penyerahan Bina Baru Dewan Serbaguna Terbuka Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Sk Seberang Takir, Kuala Nerus telah diadakan pada hari ini. Majlis penyerahan ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi (Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu), YBrs. Cg Tn Hj Shafruddin bin Hj Ali Hussin (Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu), YM Cg Haji Tengku Azelam bin Tengku Abdullah (Ketua PPD Kuala Nerus), YBrs. Cg Haji Kamal bin Abdullah (Guru Besar SK Seberang Takir), pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu, guru-guru SK Seberang Takir dan kontraktor Syarikat Maruah.

Majlis penyerahan dewan ini yang bermula jam 10.00 pagi dimeriahkan dengan persembahan silat oleh pelajar-pelajar SK Seberang Takir. Majlis disempurnakan dengan gimik pelancaran dengan memotong riben banner penyerahan dewan dan menandatangani dokumen penyerahan projek oleh PPPN Terengganu selaku pelaksana projek kepada Pejabat Pendidikan Negeri Terengganu selaku pemilik dewan yang akan menyelaras penggunaan dan penyelenggaraan dewan ini.

PPPN Terengganu merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Diharapkan dewan ini memberi manfaat kepada pelajar-pelajar SK Seberang Takir bagi menjalankan aktiviti sekolah.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Engku Norhayati Ku Ismail
Kemas kini 20/01/2019

493 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI TERENGGANU
Tingkat 10, Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu
TERENGGANU DARUL IMAN

Tel : 09 - 6272000 
Faks : 09 - 6243101
Aktiviti 2020
September Ogos
   Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Besut Bil. 2/2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Hulu Terengganu Bil. 3/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Baru Kompleks Sukan Hulu Terengganu    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Marang Bil. 6/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Jalan Daripada Kampung Pecah Rotan Ke Kampung Mengabang Lekor, Kuala Terengganu, Terengganu    Pengundian Projek-Projek Kecil Siri 2 Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu Tahun 2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 30 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Permai, Kemaman, Terengganu    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 18 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Serada, Kuala Terengganu, Terengganu    Program Pemantapan Organisasi PPNT, ICUJPM    Majlis Apresiasi Dan Jasamu Dikenang PPNT Tahun 2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Kuala Nerus Bil. 2/2020    Lawatan Healthcheck : Projek Pembinaan Politeknik Besut Terengganu (Reka Dan Bina)    Mesyuarat Troubleshooting Projek Sakit : Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Daerah Besut, Terengganu    Lawatan Tapak Sebutharga Projek Membina Baru Longkang Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Simpang Jalan Alor Mak Bah, Kg. Bemban, Dungun    Mesyuarat Penyelarasan Membaikpulih Prasarana Di SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu    Taklimat Pengenalan Serta Latihan Penggunaan MyDC2
Julai Jun Mac Februari Januari