Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Fungsi Seksyen

Mengawal belanja mengurus dan pembangunan, mengendalikan pengurusan terimaan atau hasil, akaun dan pembayaran emolumen serta pelbagai. Menguruskan perkara berkaitan perkhidmatan, perjawatan, latihan dan kursus, pengisytiharan harta, pinjaman perumahan serta kenderaan, tatatertib dan pencen. Mengurus perkara berkaitan program kualiti serta inovasi selain pentadbiran am merangkumi kemudahan dan penyenggaraan ruang dan keselamatan pejabat, urusan perolehan, penyelarasan pekeliling dalaman, pengurusan stor, pengurusan aset dan inventori, penyelarasan tempahan jamuan dan pengurusan kenderaan, fail serta surat menyurat.

Menyelaras dan memantau prestasi Pelaksanaan Program/Projek kementerian / agensi di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) menerusi lawatan pemantauan dan laporan prestasi pelaksanaan projek. Mengenalpasti isu dan mengambil tindakan intervensi bagi menyelesaikan isu-isu pelaksanaan yang berbangkit bagi projek kementerian / agensi di peringkat negeri. Menyelaras pelaksanaan kajian penilaian outcome di kalangan kementerian / agensi di peringkat negeri bagi projek-projek pembangunan di bawah RMLT. Menyelaras mesyuarat-mesyuarat di bawah Arahan No.1, 2018 Jentera Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri seperti :
  1. Majlis Tindakan Negeri (MTNg)
  2. Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri (JKTNg)
  3. Jawatankuasa Kerja Tindakan Bahagian (JKTB)

Seksyen Khas bertanggungjawab mengurus dan menyelaras pelaksanaan di bawah Peruntukan Khas Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan Malaysia; Antara projek high impact di bawah Peruntukan Khas adalah seperti projek Bekalan Tangki Air di Negeri Sarawak dan projek pembinaan jalan/jambatan secara Jiwa Murni dengan kolaborasi bersama Kementerian Pertahanan Malaysia; Seksyen Khas juga berperanan memastikan projek-projek luar bandar berskala kecil di bawah peruntukan Kementerian Kewangan seperti Projek Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) dilaksanakan dengan sempurna dalam tempoh masa yang ditetapkan.

  1. Menyelaras, merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan dasar, selain memberi maklum balas program atau projek berkaitan peningkatan ekonomi, taraf hidup dan pembasmian kemiskinan di bandar dan luar bandar di bawah Program Kesejahteraan Rakyat.
  2. Menyelaras, merancang, melaksana, memantau dan menilai tahap penggunaan dan pengemaskinian maklumat bantuan menerusi data e-Kasih sebagai rujukan utama dalam melaksanakan program atau projek membasmi kemiskinan.
  3. Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di peringkat kementerian, negeri dan daerah.

  1. Mengurus Pusat Data, Rangkaian dan Keselamatan ICT dalam jabatan.
  2. Menguruskan latihan dan pembudayaan ICT.
  3. Menyediakan khidmat sokongan teknikal kepada pelanggan.
  4. Menyelaras dan melaksanakan hal pentadbiran ICT.

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI SARAWAK
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
Tingkat 9, Menara Pelita
Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, Petra Jaya
93050 Kuching
SARAWAK
Tel : 082 - 446582
Faks: 082 - 442009

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI SARAWAK (ZON SRI AMAN)
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
Tingkat 1, Blok Menara, Kompleks Kerajaan Negeri,
95700 Betong,
SARAWAK
Tel : 083 - 472748
Faks: 083 - 472895

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI SARAWAK (ZON SIBU)
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
Tingkat Bawah, Wisma Persekutuan Blok 1,
Jalan Awang Ramli Amit,
96000 Sibu,
SARAWAK
Tel : 084 - 318743
Faks: 084 - 318709 

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI SARAWAK (ZON MIRI)
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
Tingkat 1, Blok 2, Wisma Persekutuan Miri, Fasa 1,
Jalan Kipas, 98000 Miri,
SARAWAK
Tel : 085 - 437745
Faks: 085 - 437691