Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Perutusan Pengarah

Selamat datang ke Laman Web Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (PPN Selangor). Adalah menjadi hasrat pejabat ini untuk menjadi penghubung di antara Kerajaan dan Rakyat terhadap perkembangan teknologi informasi dan komunikasi yang menjadikan dunia tanpa sempadan. Menerusi laman web ini, rakyat mampu untuk menembusi dunia informasi tanpa mengira lokasi dan tempat tinggal secara atas talian.

Sehubungan itu, melalui laman web ini juga dipaparkan maklumat-maklumat berkenaan pelaksanaan & pemantauan program dan projek Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun, Projek/program Pembasmian Kemiskinan di seluruh Negeri selangor dan Projek Khas.

Justeru, saya berharap agar dengan adanya laman web ini, ianya dapat dimanfaatkan bersama oleh segenap lapisan masyarakat khususnya rakyat dan agensi–agensi Kerajaan di Negeri Selangor yang ingin mengenali atau mendapatkan maklumat berkaitan pejabat ini. Akhir kata, selamat melayari Laman Web Rasmi PPN Negeri Selangor.

PPN Selangor sedia memberi khidmat kepada anda.

YBhg. Datuk Ruzain bin Idris
Pengarah Pembangunan Negeri Selangor
1 Januari 2020


Mantan Pengarah Pembangunan Negeri
  1. YBhg. Dato' Mohd Rosli bin Ramli - Tahun 2010-2018
  2. YBhg. Datuk Abg Ghani bin Salleh - Tahun 2010-2018
  3. YBrs. Encik Abd Aziz bin Hussein Sazally - Tahun 2010-2018

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI SELANGOR

Tingkat 14 & 15,
Menara Naza TTDI
No.11 Jalan Judo 13/45
Seksyen 13
40100 SHAH ALAM
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-55213600