Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Perutusan Pengarah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Malaysia,


Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (PPN Sabah). Pembangunan laman web ini merupakan satu usaha ke arah penyebaran maklumat dengan lebih meluas. Penguasaan terhadap ilmu IT di kalangan rakyat yang semakin meningkat dan keperluan untuk berada selari dengan kemajuan komunikasi yang begitu pantas menyedarkan kerajaan untuk mempertingkatkan prestasi penyampaian maklumat kepada rakyat agar sentiasa betul, cepat dan mudah dicapai.

Adalah menjadi hasrat PPN Sabah untuk menjadi penghubung di antara Kerajaan dan rakyat menerusi laman web ini agar rakyat mampu menembusi dunia informasi tanpa mengira lokasi dan tempat tinggal secara on-line. Di bawah urus tadbir yang telus, rakyat dapat melihat dan mengetahui maklumat–maklumat serta perkembangan jabatan Kerajaan melalui portal yang disediakan dan ini selaras dengan hasrat Kerajaan untuk merealisasikan Kerajaan Elektronik.

Justeru, saya berharap agar dengan adanya laman web ini, ianya dapat dimanfaatkan bersama oleh segenap lapisan masyarakat khususnya rakyat dan agensi–agensi Kerajaan yang ingin mengenali atau mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Akhir kata, selamat melayari Laman Web Rasmi PPN Sabah. Sekian dan terima kasih. 

YBrs. Encik Noor Alam Khan bin A. Wahid Khan
Pengarah
Pejabat Pembangunan Negeri Sabah.



Mantan Pengarah Jabatan/Pejabat Pembangunan Negeri Sabah
  1. Dato' Hj. Ahmad Tukimin : Pengarah JPPS Pertama
  2. Mustapha Mohd Zain : Pengarah JPPS ke-2
  3. Datuk Md Sani Adam : Pengarah JPPS ke-3
  4. Dato' Ramlan Othman : Pengarah JPPS ke-4
  5. Dato' Hj. Azmi Abdullah : Pengarah JPPS ke-5
  6. Dato' Ismail Hj. Wadin : Pengarah JPPS ke-6
  7. Dato' Mohd. Salleh bin Yakub : Pengarah JPPS ke-7
  8. Datuk Hj. Matusin bin Sunsang : 2008 - Disember 2015
  9. Datuk Hj. Ruji bin Hj. Ubi : 2015 - Mei 2020

Sepanjang tempoh PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (18 Mac 2020 - 31 Ogos 2020), dapatkan informasi sahih daripada Majlis Keselamatan Negara di sini.

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI SABAH
Tingkat 3 & 5, Blok C
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Beg Berkunci 2069
88999 Kota Kinabalu
SABAH

Tel : 088 – 484800
Faks: 088 - 484887 (Bilik Pengarah) / 088-484810 (Bilik Timbalan Pengarah) / 088-488294 (Pengurusan)

Peta Lokasi