Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti 2020
Program PruBsn Mikro Takaful Jariyah

Program PruBsn Mikro Takaful Jariyah

11 Ogos 2020, Sipitang - Negeri Sabah sekali lagi telah terpilih dalam Program PruBsn Mikro Takaful Jariyah bagi Tahun 2020. Seramai 5,100 orang Ketua Isi Rumah (KIR) telah terpilih untuk mengikuti program ini yang meliputi KIR miskin dan miskin tegar di seluruh Sabah. Untuk makluman juga, pewaris KIR akan menerima khairat kematian sebanyak RM10,000 jika berlaku kematian ketua keluarga yang dilindungi oleh pelan ini. Tempoh perlindungan adalah selama setahun bermula Ogos 2020 hingga Julai 2021. Semua peserta yang terpilih dikehendaki menuntut polisi tersebut di Pejabat Daerah disebabkan pandemik Covid 19. Tujuan utama program ini adalah agar waris yang ditinggalkan akibat kematian ketua isi rumah dapat meneruskan kehidupan dan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang ditanggung kerana kehilangan ketua keluarga.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : SKR, PPN Sabah
Kemas kini 11/09/2020

138 Capaian

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan berkuatkuasa 12.01 tengah malam 7 Oktober 2020. 

Dapatkan informasi sahih daripada Majlis Keselamatan Negara di sini.

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI SABAH
Tingkat 3 & 5, Blok C
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Beg Berkunci 2069
88999 Kota Kinabalu
SABAH

Tel : 088 – 484800
Faks: 088 - 484887 (Bilik Pengarah) / 088-484810 (Bilik Timbalan Pengarah) / 088-488294 (Pengurusan)

Peta Lokasi