Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Program Mobile Team Verifikasi eKasih Negeri Sabah Tahun 2020

Program Mobile Team Verifikasi eKasih Negeri Sabah Tahun 2020

13 Feb 2020, Sook - Daerah Kecil Sook telah terpilih sebagai destinasi pertama bagi Program Mobile Team Verifikasi eKasih Negeri Sabah Tahun 2020. Ia merupakan lawatan secara bersepadu di antara jabatan serta agensi pemberi bantuan ke rumah Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir dan belum berdaftar di dalam Sistem eKasih untuk dibuat bancian khas di seluruh Sabah. Seramai 20 orang KIR telah terpilih dalam lawatan ini yang meliputi dua Mukim iaitu Mukim Dalit dan Mukim Sook.

Lawatan dibuat bersama pegawai daripada Seksyen Kesejahteraan Rakyat (Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, ICU JPM), Pejabat Daerah Kecil Sook dan agensi-agensi seperti Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendaftaran Daerah Keningau, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Korporasi Pembangunan Desa (KPD), GIATMARA, Pusat Zakat Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Yayasan Usaha Maju. KIR yang dilawat melalui Program Mobile Team ini akan dipertimbangkan untuk pemberian bantuan oleh agensi yang terlibat mengikut kesesuaian bantuan yang diperlukan serta menepati syarat-syarat kelayakan agensi berkenaan. Pemberian bantuan ini akan dipantau dan dilaporkan terus kepada pihak ibu pejabat ICU JPM kerana ia merupakan salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi Seksyen Kesejahteraan Rakyat. Selain itu, KIR juga turut menerima sumbangan food basket dari UPPM N.37 Sook dan beras daripada Bernas. Untuk makluman, sebanyak 19 daerah telah dipilih bagi pelaksanaan Program Mobile Team Tahun 2020 iaitu daerah Sipitang, Nabawan, Beaufort, Papar, Ranau, Matunggong, Beluran, Tongod, Tambunan, Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Pitas, Kunak, Keningau, Semporna dan Tawau.

GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : SKR, PPN Sabah
Kemas kini 13/02/2020

707 Capaian

Sepanjang tempoh PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (18 Mac 2020 - 31 Ogos 2020), dapatkan informasi sahih daripada Majlis Keselamatan Negara di sini.

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI SABAH
Tingkat 3 & 5, Blok C
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Beg Berkunci 2069
88999 Kota Kinabalu
SABAH

Tel : 088 – 484800
Faks: 088 - 484887 (Bilik Pengarah) / 088-484810 (Bilik Timbalan Pengarah) / 088-488294 (Pengurusan)

Peta Lokasi