Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Mobile Team Daerah Pitas

Mobile Team Daerah Pitas

15/08/2019 PITAS - Daerah Pitas telah terpilih sebagai salah satu destinasi bagi Program Mobile Team eKasih. Ia merupakan lawatan secara bersepadu di antara jabatan serta agensi pemberi bantuan ke rumah Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah dikenalpasti miskin atau miskin tegar di seluruh Sabah. Seramai 20 orang KIR telah terpilih dalam lawatan ini.

Lawatan dibuat bersama pegawai daripada Seksyen Kesejahteraan Rakyat (Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, ICU JPM), Pejabat Daerah Pitas dan agensi-agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ko-Nelayan, Jabatan Pertanian Negeri Sabah, Korporasi Pembangunan Desa (KPD), GIATMARA, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Tenaga Kerja. KIR yang dilawat melalui Program Mobile Team ini akan dipertimbangkan untuk pemberian bantuan oleh agensi yang terlibat dalam lawatan mengikut kesesuaian bantuan yang diperlukan serta menepati syarat-syarat agensi berkenaan. Pemberian bantuan ini akan dipantau dan dilaporkan terus kepada pihak ibu pejabat ICU JPM kerana ia merupakan salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi Seksyen Kesejahteraan Rakyat. Untuk makluman, pada tahun 2019 sebanyak 15 Daerah telah dipilih bagi pelaksanaan Mobile Team iaitu Daerah Keningau, Sook, Nabawan, Tenom, Kudat, Paitan, Ranau, Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Semporna, Pitas, Tawau, Tongod dan Lahad Datu.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber :
Kemas kini 15/08/2019

393 Capaian

Sepanjang tempoh PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (18 Mac 2020 - 31 Ogos 2020), dapatkan informasi sahih daripada Majlis Keselamatan Negara di sini.

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI SABAH
Tingkat 3 & 5, Blok C
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Beg Berkunci 2069
88999 Kota Kinabalu
SABAH

Tel : 088 – 484800
Faks: 088 - 484887 (Bilik Pengarah) / 088-484810 (Bilik Timbalan Pengarah) / 088-488294 (Pengurusan)

Peta Lokasi