Program Hari Terbuka SESB 2019 Peringkat Daerah Tawau
03/11/2019 TAWAU - Program Hari Terbuka SESB 2019 Peringkat Daerah Tawau telah diadakan di Dewan Terbuka Merotai Besar yang dirasmikan oleh YB Tuan Ma'mun Bin Sulaiman, Ahli Parlimen P.191 Kalabakan.
Program ini turut dihadiri oleh Pembantu Menteri Kewangan/ADUN N.58 Merotai, Pengarah Urusan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), pemimpin-pemimpin tempatan dan penduduk kawasan DUN Merotai. Dianggarkan seramai 150 orang hadir memeriahkan program tersebut. Diantara pengisian program hari terbuka SESB ini adalah sesi taklimat eKasih oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, PPN Sabah untuk menambah kefahaman dikalangan pemohon eKasih dari segi prosedur dan syarat-syarat kelayakan permohanan. Disamping itu, turut juga disediakan kaunter semakan bagi pengunjung yang ingin membuat semakan atau mengemaskini maklumat di dalam sistem eKasih. Pihak SESB juga turut memberi taklimat berkaitan Skim Bantuan Pendawaian Luar Bandar (ARWS) dan Keselamatan Elektrik serta Kecekapan Tenaga. Selain itu, program lain yang melibatkan masyarakat setempat seperti pertandingan mewarna di Tabika Kemas, pertandingan Beyblade dan pertandingan Tarik tali diantara Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan SESB juga turut diadakan.
Sumber : SKR
Kemas kini 03/11/2019
639 Capaian