Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Fungsi Seksyen

       Fungsi Unit Pentadbiran
  1. Bertanggungjawab ke atas pengurusan am, perolehan dan stor, inventori harta modal, urusan penyelenggaraan dan pembaikan ruang pejabat serta peralatan.
  2. Melaksana arahan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA), keputusan Kerajaan dan keputusan Ibu Pejabat yang berkaitan dengan pentadbiran.
  3. Menyelaraskan mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus, Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) dan Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK).
  4. Menguruskan hal-hal perkhidmatan dan personel anggota kontrak dan tetap.
  5. Mengurus perkhidmatan logistik, keselamatan dan pentadbiran am.
  6. Mengurus majlis-majlis rasmi persekutuan di peringkat negeri yang melibatkan Y.A.B Perdana Menteri, Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri dan Anggota Pentadbiran.
       Fungsi Unit Kewangan
  1. Mengurus dan mengawal belanjawan yang meliputi penyediaan belanjawan tahunan, mengurus dan mengawal peruntukan, menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
  2. Mengurus kewangan am yang meliputi pengurusan, penyelenggaraan dan memantau panjar wang runcit, mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer dan mengurus keselamatan peti besi atau bilik kebal di mana wang awam dan barang bernilai disimpan.
  3. Mengurus terimaan yang meliputi menerima, merekod semua jenis wang awam dan mengeluarkan resit-resit rasmi Kerajaan, mengumpul dan menyerahkan laporan terimaan wang awam kepada Ketua Jabatan dan Pegawai Pengawal dan menyedia penyata pemungut dan memasukkan terimaan ke bank.
  4. Menjadi urus setia Jawatankuasa Perolehan Persekutuan dan urus setia Jawatankuasa Sebut Harga Persekutuan.
       Fungsi Unit Teknologi Maklumat
  1. Mentadbir urus keperluan ICT di peringkat negeri bagi menyokong fungsi-fungsi jabatan dengan baik dan sempurna.
  2. Mengurus sistem maklumat mengenai pelaksanaan program dan projek yang diluluskan di peringkat ibu pejabat, kementerian dan peringkat negeri secara berkesan.
  3. Menyelenggara sistem-sistem berkomputer bagi membantu menjayakan rancangan pembangunan teknologi maklumat yang lebih cekap dan berkesan dalam pengurusan projek-projek secara langsung dan tidak langsung.
  4. Memberi latihan dan kefahaman tentang penggunaan IT dalam pengurusan projek kepada pegawai-pegawai yang terlibat tentang sistem dengan pengesanan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang telah diluluskan secara berterusan.
  5. Membudayakan penggunaan teknologi maklumat yang berkesan dalam pengurusan projek dan pengurusan pejabat.
  6. Memberi khidmat teknikal kepada agensi/jabatan peringkat negeri.
  7. Merancang keperluan IT di peringkat negeri.

  1. Menyelaras, mengesan dan menilai pelaksanaan dasar-dasar utama pembangunan negara dari segi strategi pelaksanaannya dan program/projek di bawahnya.
  2. Mengesan pelaksanaan program / projek pembangunan yang diluluskan oleh Kerajaan di bawah rancangan pembangunan negara melalui SPP II dan jentera penyelarasan pelaksanaan (Arahan No.1 2004).
  3. Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan projek-projek Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) di peringkat negeri.
  4. Melaporkan atau menyediakan ulasan kepada Majlis Tindakan Pembangunan Negeri dan Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri mengenai kemajuan, isu dan masalah pelaksanaan projek swasta secara berkala.
  5. Merancang dan melaksanakan tugas keurusetiaan dan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri dan Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri.
  6. Memantau mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Pembangunan peringkat daerah.

  1. Mengurus, menyelaras dan melaksanakan Projek Kecil di bawah Peruntukan Khas Y.A.B Perdana Menteri (OS 42000).
  2. Mengawal peruntukan, memantau dan melaporkan prestasi projek di bawah Peruntukan Khas Y.A.B Perdana Menteri, Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Senator, Ahli Parlimen, Projek Keagamaan dan Projek Kecil.
  3. Menyediakan ulasan ke atas permohonan yang dikemukakan oleh pemimpin tempatan, pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat awam.
  4. Mengurus peruntukan kecemasan/ bencana alam.
  5. Mengurus, menyelaras dan melaksanakan Projek Kecil di bawah Peruntukan Kementerian Kewangann (Projek PIA/PIAS).
  6. Mengurus, menyelaras dan melaksana projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
  7. Mengurus, menyelaras dan melaksana projek Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
  8. Mengurus, menyelaras dan melaksana projek di bawah peruntukan Dana Khas Kerajaan Persekutuan.
  9. Menyediakan laporan-laporan Tindakan Khas.

  1. Menyedia pelan strategi di peringkat negeri dan daerah serta merangka kajian dasar kemiskinan, kaedah pelaksanaan program dan pengurusan maklumat kemiskinan.
  2. Memantau dan menguruskan penyediaan rekod keseluruhan data perangkaan dan pemetaan kemiskinan serta memastikan kesahihan data dan analisis perangkaan kemiskinan seluruh negeri.
  3. Menguruskan tugas keurusetiaan jawatankuasa focus group dan Jawatankuasa Kemiskinan di peringkat negeri termasuk pengurusan laporan dan maklum balas kemajuan program pembasmian kemiskinan daripada jabatan yang terlibat.
  4. Menyediakan laporan data kemiskinan kepada jawatankuasa/kerajaan negeri dalam merancang, melaksanakan, memantau dan menilai semula kesan kepada program pembasmian kemiskinan bersama agensi yang terlibat dan juga pelaksanaan serta pemantauan melalui data Sistem eKasih.
  5. Memantau dan menilai impak pelaksanaan program dan projek pembasmian kemiskinan.
  6. Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dan rintangan jika pelaksanaan program/projek menjejaskan objektif dasar pembasmian kemiskinan.
  7. Mengkaji semula sistem dan mekanisma pelaksanaan program/projek bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaanya dan mempercepatkan pencapaian pembasmian kemiskinan khususnya kemiskinan tegar.

       Bahagian Ukur Bahan
  1. Menyelaras urusan pentadbiran kontrak projek-projek pembangunan untuk 19 Kementerian.
  2. Menyelaras dan menguruskan Pentadbiran Pra dan Pos Kontrak serta mengurus dan membuat perakuan tender untuk disetuju terima oleh Lembaga Tender.
  3. Menyelaras dan menguruskan pengeluaran Surat Setuju Terima Tender kepada Kontraktor yang berjaya.
  4. Menyelaras perlantikan dan mengawasi perkhidmatan perunding serta menyelaras urusan penjualan tender dan sebut harga.
       Bahagian Bangunan
  1. Merancang dan mengurus pelaksanaan projek-projek pembangunan untuk 12 Kementerian.
  2. Merancang dan menyelaras projek yang dilaksanakan oleh perunding dengan jabatan pelanggan serta mereka bentuk dan menyelaras kerja-kerja yang dikendalikan terus oleh jabatan.
  3. Menguruskan peruntukan projek-projek pembangunan dari kementerian-kementerian yang berkaitan.
  4. Memantau dan menyediakan laporan kemajuan projek-projek dalam perancangan dan pembinaan.
       Bahagian Jalan/Infrastruktur
  1. Merancang dan mengurus pelaksanaan projek-projek pembangunan untuk 7 Kementerian.
  2. Merancang dan menyelaras projek yang dilaksanakan oleh perunding dengan jabatan pelanggan.
  3. Merancang dan menyelaras projek yang dilaksanakan oleh perunding dengan jabatan pelanggan serta mereka bentuk dan penyelaras kerja-kerja yang dikendalikan terus oleh jabatan.
  4. Menyelaras kerja sebut harga yang dipanggil dan menjadi Penasihat Teknikal Jawatankuasa Perlantikan Perunding Peringkat Agensi.
  5. Menguruskan peruntukan projek-projek pembangunan dari Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pelajaran.
  6. Memantau dan menyediakan laporan kemajuan projek-projek dalam perancangan dan pembinaan.

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI PERAK

Tingkat 8, 9 & 10 Bangunan Tabung Haji Negeri Perak
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN

Tel : 05–249 7400 
Faks: 05–249 7406

Aktiviti 2020
September Ogos Julai Jun Mac Februari Januari