Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

[PPN Perak] Taklimat Peruntukan Khas YAB Perdana Menteri Untuk Kawasan Parlimen Dan Projek Mesra Rakyat (PMR) Negeri Perak

[PPN Perak] Taklimat Peruntukan Khas YAB Perdana Menteri Untuk Kawasan Parlimen Dan Projek Mesra Rakyat (PMR) Negeri Perak

Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Perak telah mengadakan satu sesi taklimat berkaitan dengan Peruntukan Khas YAB Perdana Menteri Untuk Kawasan Parlimen dan Projek Mesra Rakyat (PMR) Negeri Perak pada 9 Januari 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, PPN Perak. Sesi taklimat tersebut dipengerusikan oleh Puan Robatul Adayiah binti Md Isa, Timbalan Pengarah, PPN Perak dan pembentangan telah disampaikan oleh Puan Rabizah Hasni binti Muhamad, Ketua Penolong Pengarah, Unit Projek Khas PPN Perak. Seramai 20 wakil Parlimen termasuk dua (2) YB Ahli Parlimen Kerajaan Persekutuan turut hadir ke sesi taklimat tersebut. Tujuan taklimat diadakan adalah untuk menerangkan mengenai garis panduan dan tatacara penggunaan peruntukan yang diberikan kepada YB Ahli Parlimen Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2020. Semasa sesi soal jawab, terdapat beberapa pandangan, cadangan dan isu yang dilontarkan oleh YB Ahli Parlimen dan juga wakil parlimen. Melalui sesi taklimat ini, dijangka ianya dapat merapatkan hubungan dan kerjasama antara penjawat awam dan YB Ahli Parlimen  dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di negeri Perak.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Khas
Kemas kini 30/01/2020

627 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI PERAK

Tingkat 8, 9 & 10 Bangunan Tabung Haji Negeri Perak
Jalan Koo Chong Kong
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN

Tel : 05–249 7400 
Faks: 05–249 7406

Aktiviti 2020
September Ogos Julai Jun Mac Februari Januari