
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmatNya kita masih diberikan kesempatan untuk bersama-sama melangkah ke Tahun Baharu 2021 ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas kegigihan dan komitmen yang tinggi dalam merealisasikan aspirasi kerajaan di negeri Pulau Pinang sepanjang tahun 2020. Tahun 2020 telah kita lalui dengan cabaran yang cukup besar dan getir berikutan penularan pandemik COVID-19. Kita perlu teruskan perjuangan yang masih belum selesai ini bersama-sama dengan barisan hadapan bagi memutuskan rantaian COVID-19 di negara ini. Dalam mendepani pelbagai cabaran di era Revolusi Industri 4.0 yang sedang rancak, saya berharap warga Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang akan terus mengutamakan aspek integriti, kepantasan dan profesionalisme dalam kita melaksanakan tanggungjawab serta terus berusaha lebih efektif dan efisien untuk sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berimpak tinggi. Mengambil iktibar daripada cabaran,dugaan dan pencapaian sepanjang tahun 2020 saya ingin mengajak semua warga Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang untuk melangkah ke tahun 2021 dengan satu semangat dan keazaman yang baharu. Akhir kata, saya berdoa ke hadrat Allah SWT, semoga warga Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang sentiasa diberkati dan dipermudah segala urusan. Marilah kita bersama-sama melangkah ke tahun baharu 2021 dengan lebih gagah, yakin dan berani. Semoga tahun 2021 ini akan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, insya-Allah. Selamat Tahun Baru!
Azman bin Ibrahim
Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang
MANTAN PENGARAH PPN PULAU PINANG
1. ENCIK WAN AHMAD BIN WAN RASHID | 1 MAC 1961 – 30 NOVEMBER 1967 |
2. ENCIK MOHAMED HAIRIRI BIN ABU TALIB | 8 DISEMBER 1967 – 30 SEPTEMBER 1968 |
3. ENCIK MOHD. KASIM BIN ABD RAHMAN | 1 OKTOBER 1968 – 14 APRIL 1971 |
4. Y.M. RAJA JAAFAR BIN R. MUSA | 1 JUN 1971 – 30 NOVEMBER 1971 |
5. ENCIK JAAFAR BIN ABU BAKAR | 1 DISEMBER 1971 – 30 JUN 1974 |
6. ENCIK AHMAD BIN TOKIMIN | 8 JULAI 1974 – 9 JULAI 1975 |
7. ENCIK ISHAK BIN CHE LONG | 10 JULAI 1975 – 30 NOVEMBER 1979 |
8. ENCIK MOHTAR BIN ABAS | 1 NOVEMBER 1979 – 15 MAC 1982 |
9. ENCIK SHAHRIL BIN SAAT | 16 MAC 1982 – 5 MEI 1984 |
10. ENCIK ABDUL HALIL BIN ABD. MUTALIB | 16 JUN 1984 – 31 OGOS 1986 |
11. ENCIK ZAKARIA BIN MOHD TAIB | 1 SEPTEMBER 1986 – 15 FEBRUARI 1988 |
12. ENCIK BASERI BIN LAMSAH | 16 APRIL 1988 – 15 JULAI 1991 |
13. ENCIK AHMAD BIN SAID | 16 FEBRUARI 1992 – 15 SEPTEMBER 1996 |
14. ENCIK ZAINOL BIN OTHMAN | 16 SEPTEMBER 1996 – 31 DISEMBER 1998 |
15. YBHG. DATO’ ISMAIL BIN HAJI WADIN | 1 JANUARI 1999 – 30 APRIL 2005 |
16. YBHG. DATUK ZAINAL RAHIM BIN SEMAN | 8 JULAI 2005 – 6 MEI 2007 |
17. YBHG. DATUK NIK ALI BIN MAT YUNUS | 7 MEI 2007 – 20 JANUARI 2013 |
18. YBHG. DATO’ SYED SHAARI BIN SYED ABDULLAH | 6 FEBRUARI 2013 – 31 MEI 2018 |
19. YBHG. DATO’ DR MOHAMAD FARAZI BIN JOHARI | 12 SEPTEMBER 2018 – 11 SEPTEMBER 2020 |