Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti 2020
Kursus Asas Pengurusan Aset Alih Kerajaan

Kursus Asas Pengurusan Aset Alih Kerajaan

Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Aset Alih Kerajaan pada 28 September 2020 bertempat di Anjung Putra Menara Boustead, Pulau Pinang. Seramai 25 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut yang dikendalikan oleh Encik Meor Saharizan bin Meor Idris, penceramah jemputan dari INTAN Wilayah Utara. Pengisian kursus meliputi tatacara penerimaan, pendaftaran, penggunaan, pemeriksaan, dan pelupusan aset alih kerajaan yang berada di bawah tanggungjawab jabatan. Secara keseluruhannya, para peserta telah mendapat gambaran asas mengenai pengurusan aset kerajaan yang memerlukan kerjasama semua pegawai dan kakitangan dalam memastikan aset berada di lokasi yang sepatutnya dan mempunyai rekod yang teratur.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan
Kemas kini 30/09/2020

311 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI PULAU PINANG

Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
Tingkat 11 dan 15
Menara Boustead
39, Jalan Sultan Ahmad Shah
10050 PULAU PINANG

Tel : 04-2185 700
Faks : 04-2105 733

Aktiviti 2020
Oktober September Ogos Julai Jun Mei Februari Januari