Berita Aktiviti 2020
Kursus Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja Di Tapak Binaan
Pada 9 September 2020, PPN Pulau Pinang telah menganjurkan Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Binaan dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Pulau Pinang. Penceramah jemputan, Encik Mohd Rodzi bin Salleh telah memberikan taklimat terperinci berkaitan prosedur dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian semasa berada di tapak projek agar kemalangan dapat dicegah dan dielakkan. Seramai 20 orang anggota PPN Pulau Pinang telah menghadiri kursus dan layak memohon bagi mendapatkan Kad Hijau CIDB setelah kursus selesai.
Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan
Kemas kini 09/09/2020
194 Capaian