Berita Aktiviti 2020
Lawatan Timbalan Pengarah ke Tapak Projek Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Gelugor, Pulau Pinang
Lawatan YBrs Puan Zahidah binti Abd Jalil, Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang ke Tapak Projek Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 23 September 2020 (Selasa) jam 9.00 pagi. Tujuan lawatan ini diadakan bagi menyelesaikan isu dan aduan mengenai pembinaan kandang lembu bersebelahan kantin sekolah yang menyebabkan pencemaran bau. Lawatan ini turut dihadiri oleh Encik Mohamed Rafizal bin Mohamed Eusoff, Ketua Penolong Pengarah PPNPP, Encik Mohd Fauzi bin Abd Hamid, Penolong Jurutera, Jabatan Pendidikan Negeri, Puan Rosita binti Ali, Penolong Pegawai Tadbir, Pejabat Pendidikan Daerah SPU, dan Encik Sobri bin Abu Bakar, Penghulu Permatang Berangan.
Sumber : Seksyen Pemantauan & Penilaian
Kemas kini 24/09/2020
361 Capaian