Berita Aktiviti 2020
Lawatan Ketua Setiausaha Negara ke Tapak Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Kumbahan dan Paip Pembentungan di Bayan Baru
Lawatan YBhg Tan Sri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) ke Tapak Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Kumbahan dan Paip Pembentungan di Bayan Baru, Pulau Pinang pada 25 Ogos 2020 (Selasa) jam 11pagi. Lawatan dihoskan oleh Dato’ Dr Mohamad Farazi bin Johari, Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang (PPNPP). Taklimat projek telah disampaikan oleh YBhg Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan YBrs Ir Ahmad Rozian bin Othman, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan, KASA. Lawatan ini turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Mohd Sallehuddin bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), YBhg Dato’ Abdul Razak bin Jaafar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUK), YBhg Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketuas Setiausaha (K&P) JPM serta delegasi-delegasi lain dari JPM, SUK, KASA dan PPNPP.
Sumber : Seksyen Pemantauan & Penilaian
Kemas kini 26/08/2020
549 Capaian