Berita Aktiviti 2020
Lawatan Pemantauan Projek Khas di Simpang Empat dan Nibong Tebal oleh Pengarah PPN Pulau Pinang bersama Ketua Pengarah ICU JPM
Lawatan Ketua Pengarah ICU JPM, YBhg. Datuk Nor Azri bin Zulfakar ke Projek Pembinaan Kompleks Penyayang Sinar Kasih pada 22 Julai 2020 (Rabu). Lawatan ini adalah susulan daripada Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Pulau Pinang (MTPNg) yang diadakan pada 21 Julai 2020 (Selasa) yang telah melaporkan bahawa projek ini sebagai projek ‘sakit’. Lawatan yang turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang (JKM) dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang (JKR) telah meneliti punca kelewatan projek dan mendengar penjelasan kontraktor berkenaan pelan pemulihan projek.
(Sumber : Seksyen Pemantauan & Penilaian)
Pada hari yang sama, Ketua Pengarah ICU JPM telah berkesempatan melakukan lawatan ke projek Meroboh dan Membina Baharu Bangunan 4 Tingkat Sekolah Agama Rakyat Saadatul Darain Simpang Empat, Permatang Buluh, Kepala Batas, Pulau Pinang. Semasa sesi lawatan, beliau telah diberi taklimat serta penerangan berhubung kemajuan kerja pembinaan yang telah disambung semula selepas tempoh PKP dan PKPB berakhir.
(Sumber Seksyen Projek Khas)

Sumber : Seksyen Pemantauan & Penilaian dan Seksyen Projek Khas
Kemas kini 23/07/2020
457 Capaian