Berita Aktiviti 2020
Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Pulau Pinang (MTPNg) Bil. 1 Tahun 2020
21 JULAI 2020 : Bertempat di Bilik Mesyuarat Sri Perdana, Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Pulau Pinang Bilangan 1 Tahun 2020 telah diadakan dan dipengerusikan oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican, Pengerusi MTPNg Pulau Pinang merangkap Menteri Belia dan Sukan dan Ahli Parlimen Kepala Batas. Mesyuarat ini adalah pertama kalinya diadakan selepas perubahan kerajaan di peringkat Persekutuan pada bulan Mac 2020 dan selepas normal baharu pengoperasian jabatan kerajaan diambil kira berikutan penularan wabak COVID-19.
Turut hadir ke mesyuarat adalah YBhg. Datuk Nor Azri bin Zulfakar, Ketua Pengarah ICU JPM, pemimpin masyarakat setempat dan ketua-ketua jabatan Kerajaan Persekutuan Negeri dan Badan-badan Berkanun Persekutuan Negeri. Sebanyak enam kertas pembentangan telah dibentangkan meliputi aspek pembangunan, sosial dan kesihatan.

Sumber : Seksyen Pemantauan & Penilaian
Kemas kini 23/07/2020
516 Capaian