Berita Aktiviti 2020
Penyampaian Sumbangan Bantuan Kebajikan Mangsa Bencana Ribut di DUN Seberang Jaya
Pada 17 Jun 2020 Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang, YBrs. Puan Zahidah binti Abd Jalil yang mewakili Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato' Dr. Mohamad Farazi bin Johari telah menyerahkan sumbangan bantuan kebajikan kepada Encik Nizam bin Che Nu iaitu seorang mangsa yang terjejas akibat ribut pada 12 Jun 2020 baru-baru ini. Tujuan sumbangan disampaikan adalah untuk membiayai sebahagian kerja-kerja pembaikan ke atas sebahagian bumbung rumah yang telah diterbangkan angin. PPN Pulau Pinang berharap agar sumbangan tersebut dapat meringankan sedikit beban yang terpaksa ditanggung oleh penerima.
Sumber : Seksyen Projek Khas
Kemas kini 18/06/2020
571 Capaian