Berita Aktiviti 2020
Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Masjid Jamek Kampung Rawa, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang
Pada 20 Mei 2020 telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Masjid Jamek Kampung Rawa, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Projek tersebut dilaksanakan oleh JKR Pulau Pinang, bermula pada 13 Disember 2017 dan telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 11 Mac 2020. Peruntukan keseluruhan bagi projek ini ialah RM5.0 juta yang dibiayai bersama oleh Kerajaan Persekutuan (RM3.5 juta) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (RM1.5 juta).
Majlis telah dihadiri oleh YBrs. Puan Zahidah binti Abd Jalil, Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri serta wakil-wakil daripada JKR Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, Jawatankuasa Kariah, kontraktor dan pihak-pihak yang turut terlibat secara langsung dalam projek tersebut.

Sumber : Seksyen Projek Khas
Kemas kini 21/05/2020
742 Capaian