Berita Aktiviti 2019
Program Kasih Siswa Tahun 2019
Program Kasih Siswa Tahun 2019 merupakan salah satu inisiatif Kesejahteraan Rakyat yang dikenali sebagai inisiatif Didik Kasih (dKasih) di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang bertujuan menyalurkan sumbangan secara one-off kepada para pelajar daripada golongan B40 dan eKasih yang melanjutkan pengajian ke IPTA terpilih. Insentif ini bertujuan menampung keperluan awal pelajar yang terpilih bagi menyambung pengajian di Instituisi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Seramai 24 orang pelajar di Negeri Pulau Pinang telah terpilih untuk menerima insentif tersebut. Majlis penyampaian sumbangan kepada penerima insentif dibuat dalam 2 sesi berasingan. Sesi pertama adalah pada 15hb November 2019 yang telah disempurnakan oleh Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Dr. Mohammad Farazi Bin Johari di Bilik Mesyuarat Perdana, Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang. Manakala sesi kedua pula adalah pada 10hb Disember yang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Puan Zahida Binti Abd Jalil di Kampus Induk Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.
Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 15/11/2019
548 Capaian