Berita Aktiviti 2019
Mesyuarat Pengarah-Pengarah ICU JPM Bil. 6/2019
Mesyuarat Pengarah-Pengarah ICU JPM Bil. 6/2019 telah diadakan di Pulau Pinang. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Nor Azri Zulfakar, Ketua Pengarah ICU JPM. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (TKP) ICU JPM iaitu, YBhg. Datuk Dr. Shahrazat Hj. Ahmad, TKP Sektor Pemantauan dan Penilaian Pembangunan, Dr. Aizi Razman Ismail, TKP Sektor Pembangunan Strategik, Encik Mohd Razali Wahab, TKP Sektor Penyelarasan Projek Khas serta Pengarah-Pengarah Bahagian dan negeri. Mesyuarat tersebut membincangkan perkara perkara berbangkit berkaitan ICU JPM dan beberapa kertas perbincangan telah dibentangkan. Turut diadakan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan MS ISO9001:2015 Tahun 2019. Pada hari yang sama, seramai 10 orang pegawai ICU JPM telah menerima Sijil dan Wang Tunai RM500 sebagai Apresiasi Prestasi 2018. Manakala Luncheon Talk telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan YB Dr. Afif Bahardin, EXCO Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan yang membincangkan tajuk Strengthening Federal-State Government’s Collaboration in Project Monitoring and Implementation.
Sumber : Seksyen Perhubungan Awam, ICUJPM
Kemas kini 30/09/2019
573 Capaian