Berita Aktiviti 2019
Lawatan Mobile Team Kasih Ramadhan PPN Pulau Pinang
Pada 15 Mei 2019, Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang (PPNPP) telah mengadakan lawatan Mobile Team Kasih Ramadhan ke beberapa rumah Ketua Isi Rumah (KIR) eKasih di sekitar Seberang Perai Tengah meliputi kawasan PPR Ampang Jajar, Permatang Pauh; Kg. Masjid Timah, Perai dan Kg. Sungai Semambu, Bukit Mertajam. Lawatan ini turut disertai oleh Pengurus dan pegawai-pegawai daripada Bank Muamalat Malaysia Negeri Pulau Pinang selaku wakil penaja bagi program Kasih Ramdhan. Sempena lawatan tersebut, PPPPP telah menyampaikan sumbangan baucar tunai dan bakul makanan yang mengandungi barangan keperluan asas. Lawatan ini bertujuan menyampaikan sumbangan CSR di bawah Program Kasih Ramadhan yang merupakan program CSR ICU JPM bagi tahun 2019. Lawatan bersama dengan pihak swasta seperti ini bertujuan menyantuni golongan berpendapatan rendah yang memerlukan perhatian dan bantuan daripada pihak Kerajaan.
Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 15/05/2019
521 Capaian