Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Majlis Penyerahan Sumbangan Back To School Kepada Ahli Isi Rumah Berpendapatan Rendah (eKASIH) Pulau Pinang Tahun 2019

Majlis Penyerahan Sumbangan Back To School Kepada Ahli Isi Rumah Berpendapatan Rendah (eKASIH) Pulau Pinang Tahun 2019

17 Disember 2019,Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Persekolahan (Back To School) kepada Ahli Isi Rumah eKasih yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah yang akan memasuki sesi persekolahan pada Januari 2020. Majlis tersebut telah diadakan di Pasaraya Mydin Bertam melibatkan 30 orang pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang berdaftar dengan Sistem eKasih. Majlis ini bertujuan meraikan anak-anak daripada keluarga yang kurang berkemampuan selain meringankan beban keluarga berkenaan dalam menghadapi sesi persekolahan tahun 2020 yang bakal tiba.

Pelajar-pelajar tersebut menerima sumbangan berbentuk pakaian seragam sekolah serta barangan kelengkapan persekolahan. Majlis Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang iaitu YBhg. Dato' Dr. Mohamad Farazi bin Johari dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang. Program ini bertujuan menyantuni golongan yang kurang berkemampuan dan menyalurkan sumbangan secara terus kepada golongan sasar. Selain itu, pelaksanaan majlis seumpama ini juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara Jabatan atau Agensi Kerajaan dengan masyarakat.

GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 27/12/2019

468 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI PULAU PINANG

Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
Tingkat 11 dan 15
Menara Boustead
39, Jalan Sultan Ahmad Shah
10050 PULAU PINANG

Tel : 04-2185 700
Faks : 04-2105 733

Aktiviti 2020
September Ogos Julai Jun Mei Februari Januari