Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti 2019
Lawatan Rasmi TYT Gabenor Negeri Pulau Pinang Ke Tapak Projek Menaiktaraf Masjd Jamek Kampung Rawa, Pulau Pinang

Lawatan Rasmi TYT Gabenor Negeri Pulau Pinang Ke Tapak Projek Menaiktaraf Masjd Jamek Kampung Rawa, Pulau Pinang

Pada 12 Februari 2019 telah diadakan satu Lawatan Rasmi Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang ke tapak projek Menaiktaraf Masjid Jamek Kampung Rawa, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Turut serta pada sesi lawatan berkenaan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Dato' Seri Farizan bin Darus, Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato' Dr. Mohamad Farazi bin Johari, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), YBhg. Dato' Haji Abdul Malik bin Abul Kassim, Mufti Negeri Pulau Pinang, Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd. Noor, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), YBrs. Tuan Zulkifli bin Long, Pengarah Kerja Raya Pulau Pinang, YBrs. Tuan Ir. Shahabuddin bin Mohd Muhayidin, pegawai-pegawai daripada agensi kerajaan yang terlibat serta ahli-ahli Kariah Masjid Jamek Kampung Rawa. Sebagai makluman, projek ini dibiayai secara bersama dengan prinsip 70:30 dimana sumbangan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM3.5juta manakala sumbangan Kerajaan Negeri sebanyak RM1.5juta. Projek yang mengambil tempoh 24 bulan ini bermula pada 13 Disember 2017 dan dijadualkan siap pada 12 Disember 2019. Skop bagi projek ini melibatkan kerja-kerja meroboh dan membaikpulih sebahagian bangunan masjid sedia ada serta kerja-kerja mendirikan bangunan tambahan masjid 2 tingkat. Pada sesi lawatan tersebut, Tuan Yang Terutama telah dibawa melihat kemajuan kerja sebenar di tapak dan diberi penerangan berhubung kemajuan kerja oleh Pengarah Kerja Raya Pulau Pinang.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Projek Khas
Kemas kini 12/02/2019

560 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI PULAU PINANG

Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
Tingkat 11 dan 15
Menara Boustead
39, Jalan Sultan Ahmad Shah
10050 PULAU PINANG

Tel : 04-2185 700
Faks : 04-2105 733

Aktiviti 2020
Oktober September Ogos Julai Jun Mei Februari Januari