Berita Aktiviti 2019
Karnival Sukan ICU JPM Tahun 2019
Pada 19 – 21 April 2019 telah berlangsungnya Karnival Sukan ICU JPM Tahun 2019 dengan tema #rodong2mohbersukan di Kuantan, Pahang. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Saifuddin bin Abdullah, Menteri Luar Negeri Merangkap Ahli Parlimen Indera Mahkota. Turut hadir bersama adalah YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Ketua Pengarah ICU JPM. Sebanyak 5 Acara dipertandingkan pada karnival tersebut iaitu renang, petanque, dart, congkak dan dam aji. Sukan VIP yang dipertandingkan untuk memeriahkan karnival sukan ini adalah sukan hoki. Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang telah berjaya mendapat 1 pingat perak menerusi acara renang dan 1 pingat gangsa menerusi acara congkak.
Sumber : Kelab Kebajikan dan Sukan 5P
Kemas kini 20/12/2019
533 Capaian