Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Lawatan Mobile Team I Care For U PPN Pulau Pinang

Lawatan Mobile Team I Care For U PPN Pulau Pinang

Pada 25 April 2019, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP) telah mengadakan lawatan Mobile Team di bawah Program I Care For U ke rumah Ketua Isi Rumah (KIR) eKasih di Kampung Permatang Keriang, Penaga iaitu En. Johari bin Said dan seorang KIR di Kg. Sama Gagah, Permatang Pauh iaitu En. Nur Syawal bin Abd Razak. Lawatan ini turut disertai oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara, Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta wakil Pemimpin Tempatan. Sempena lawatan tersebut, PPPPP telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada KIR yang mengidap strok, barangan rumah seperti kipas angin, dapur gas serta bakul makanan berupa barangan keperluan asas. Lawatan ini bertujuan menyampaikan sumbangan yang diterima daripada orang perseorangan dan syarikat swasta di bawah Program I Care For U yang merupakan program CSR ICU JPM selain sumbangan bakul makanan daripada PPPPP. Lawatan yang melibatkan kerjasama antara agensi kerajaan, pihak swasta serta masyarakat setempat ini bertujuan mendekati golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan segera. Program turun padang seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi membantu golongan sasar yang memerlukan perhatian serta bantuan sewajarnya daripada Kerajaan Persekutuan.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 25/04/2019

353 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI PULAU PINANG

Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
Tingkat 11 dan 15
Menara Boustead
39, Jalan Sultan Ahmad Shah
10050 PULAU PINANG

Tel : 04-2185 700
Faks : 04-2105 733

Aktiviti 2020
September Ogos Julai Jun Mei Februari Januari