Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Sesi Perjumpaan Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga PPN Pulau Pinang dan BPPBPP

Sesi Perjumpaan Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga PPN Pulau Pinang dan BPPBPP

Ketua Pengarah ICU JPM, YBhg. Datuk Nor Azri Bin Zulfakar telah berbesar hati untuk hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang pada 1 Oktober 2019 bagi Sesi Perjumpaan bersama seluruh warga PPNPP dan BPPBPP. Beliau telah menekankan agar semua warga ICU JPM menjalankan tugas dengan sepenuh hati, ikhlas dan berintegriti bagi memastikan hala tuju pembangunan dan peranan ICU JPM selaku agensi persekutuan utama di negeri Pulau Pinang dapat dicapai sepenuhnya. Beliau juga menyarankan agar pihak pengurusan dapat menrencanakan program-program yang dapat memberi nilai tambah dalam perkhidmatan dengan menggunakan peruntukan perbelanjaan yang telah disalurkan secara optimum. Selain itu, YBhg. Datuk Nor Azri Bin Zulfakar turut mengingatkan agar semua warga ICU JPM mengamalkan budaya kerja yang lebih proaktif dan bersedia untuk berdepan dengan perubahan semasa seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pantas.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Sekyen Khidmat Pengurusan
Kemas kini 01/10/2019

535 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI PULAU PINANG

Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
Tingkat 11 dan 15
Menara Boustead
39, Jalan Sultan Ahmad Shah
10050 PULAU PINANG

Tel : 04-2185 700
Faks : 04-2105 733

Aktiviti 2020
September Ogos Julai Jun Mei Februari Januari