Perhimpunan Bulanan Bil 1/2021
Perhimpunan Bulanan PPN Pulau Pinang telah diadakan pada 11 Januari 2021 (Isnin) jam 9.00pagi di Anjung Putra Menara Boustead dengan kehadiran semua warga Pejabat. Pengarah Pembangunan Negeri, Tuan Azman bin Ibrahim telah menyampaikan amanat tahun baharu serta fokus yang perlu diberikan dalam mencapai sasaran kerja tahun 2021 walaupun keadaan pandemik Covid-19 masih menular di Malaysia. Beliau turut menekankan mengenai budaya kerja berintegriti, kesegeraan dalam pelaksanaan dan semangat berpasukan yang perlu sentiasa dipraktikkan dalam tugasan harian. Pehimpunan diteruskan dengan bacaan Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 dan sesi penyampaian cenderahati kepada warga PPN Pulau Pinang sempena sambutan hari lahir dan sumbangan kepada mereka yang ditimpa musibah.
Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan
Kemas kini 14/01/2021
117 Capaian