Berita Aktiviti 2020
Lawatan Mobile Team Ketua Isi Rumah (KIR) eKASIH dan KIR B40 Negeri Pulau Pinang
Sepanjang tempoh bulan September dan Oktober 2020, Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang (PPNPP) telah mengadakan lawatan Mobile Team ke rumah-rumah KIR eKasih dan KIR B40 yang terpilih daripada semua daerah di Pulau Pinang. Lawatan tersebut juga turut disertai oleh Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Pulau Pinang. Semasa lawatan berkenaan, PPNPP telah menyampaikan sumbangan one-off berupa Baucar Tunai atau Bakul Makanan (Food Basket) yang mengandungi barangan keperluan harian kepada Ketua Isi Rumah yang terlibat. Antara KIR yang terpilih untuk menerima sumbangan ini ialah mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai, KIR berstatus ibu tunggal, KIR sakit terlantar dan warga emas.Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban KIR sekeluarga.
Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 26/10/2020
151 Capaian