Berita Aktiviti 2020
Bengkel Komunikasi Strategik Negeri Pulau Pinang : Pengurusan Media Sosial Anjuran Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang
9-10 Oktober 2020, satu bengkel Pengurusan Media Sosial Anjuran Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Hotel Royal Pulau Pinang dan dirasmikan oleh Pengarah Keselamatan Negeri Pulau Pinang, Tuan Nazrul Fazami Bin Mohamad. Antara objektif pelaksanaan bengkel ini adalah bagi meningkatkan pengetahuan tentang media sosial agar para peserta mempunyai struktur yang jelas dalam menguruskan media sosial dan memberi pendedahan mengenai Social Media Intelligence (SOCMINT) dalam mengenal pasti kesahihan sesuatu isu. Bengkel ini diwakili oleh dua orang Pegawai PPN Pulau Pinang iaitu Puan Siti Shazwani Binti Zulkaflee dari Seksyen Projek Khas dan Puan Harteny binti Mohamad dari Unit Teknologi Maklumat.
Sumber : Unit Teknologi Maklumat
Kemas kini 12/10/2020
207 Capaian