Berita Aktiviti 2020
Perhimpunan Bulanan PPN Pulau Pinang Bil. 4 Tahun 2020 Dan Sesi Ramah Mesra Bersama Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pembangunan Strategik ICU JPM
Perhimpunan Bulanan Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang Bilangan 4 Tahun 2020 telah diadakan pada 8 Oktober 2020 (Khamis) di Anjung Putra, Menara Boustead. Pehimpunan pada kali ini sedikit berbeza dengan kehadiran YBrs. Dr. Aizi Razman bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pembangunan Strategik ICU JPM bagi menyampaikan amanat beliau kepada seluruh warga PPN Pulau Pinang sebelum persaraan pada November 2020.
YBrs. Dr. Aizi Razman bin Ismail dalam ucapan beliau telah menekankan beberapa perkara penting yang perlu sentiasa diamalkan oleh penjawat awam terutamanya budaya kerja berintegriti, meneruskan menuntut ilmu dan sentiasa berfikiran positif agar perkhidmatan yang disampaikan menjadi suatu ibadah dan mendapat keberkatan berpanjangan. Seluruh warga PPN Pulau Pinang mengucapkan selamat bersara dan terima kasih di atas kehadiran YBrs. Dr. Aizi Razman bin Ismail.

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan
Kemas kini 12/10/2020
185 Capaian