Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Perutusan Pengarah

Selamat Datang !!!

Pejabat Pembangunan Negeri Perlis telah ditubuhkan pada tahun 1977 dan sejak itu Kami telah berevolusi seiring dengan perkembangan pemodenan pentadbiran dan juga teknologi maklumat. Kami ditubuhkan berpaksi kepada tiga kluster utama iaitu Pemantauan dan Penilaian Program/Projek Rancangan Malaysia Lima Tahun, Perancangan dan Pelaksanaan Program/Projek Khas serta Pemerkasaan Agenda Kesejahteraan Rakyat Menerusi Medium eKasih. Ketiga-tiga kluster amat dekat dengan kumpulan sasar utama Kami iaitu RAKYAT.

Laman sesawang ini dibangunkan sebagai medium pengantara antara pelawat maya dan Kami secara atas talian. Kami akan sentiasa mengemaskini maklumat dan informasi yang disediakan dari masa ke semasa. Gerak kerja pengemaskinian adalah penting bagi memastikan maklumat dan informasi yang tersedia adalah sentiasa terkini, sahih dan dapat digunakan oleh pengunjung tanpa rasa ragu.

Walaupun laman sesawang ini telah dibangunkan serta dapat memberikan maklumat yang terkini, Kami amat berbesar hati dan berlapang dada mengalu-alukan pelawat maya untuk berkunjung ke pejabat Kami bagi mendapatkan penjelasan, penerangan atau informasi yang lebih mendalam. Di samping itu, pelawat maya juga boleh membuat pertanyaan dan mendapatkan penjelasan menerusi talian komunikasi yang lain-lain.

Semoga semua pelawat maya yang melayari Laman Sesawang ini mendapat maklumat dan pengetahuan yang ingin diperlukan.

Sekian.


Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perlis


Mantan Pengarah Pembangunan Negeri
  1. ENCIK SHAHIDAN B. KASSIM (01.07.1977 - 31.01.1982)
  2. ENCIK AZMI B. KASSIM (01.02.1982 - 31.08.1982)
  3. ENCIK ABD. RAHMAN B. ABD. TALIB (01.09.1982 - 30.04.1985)
  4. ENCIK HAMIDI B. ABD. HAMID (01.05.1985 – 30.01.1991)
  5. TUAN HJ. AZHAR B. MARZUKI (01.02.1991 – 15.10.1994)
  6. ENCIK JAMALUDIN B. HASAN (16.10.1994 – 31.05.1999)
  7. ENCIK MOHD ROSLI B. RAMLI (01.06.1999 – 30.11.2003)
  8. PUAN ZAMILA BT. HASHIM (01.12.2003 – 13.03.2006)
  9. ENCIK AHMAD B. ZAKARIA (18.05.2006 – 26.12.2009)
  10. PUAN  HAJAH JUWAIRIAH BT. LEBAI  DIN (26.12.2009 – 03.02.2014)
  11. ENCIK MOHD ZAKI B. ABDUL RAHMAN (02.06.2014 – 31.01.2019)
  12. ENCIK MUHAMMAD HIDAYATULLAH B. NASRUL (01.02.2019 - 29.02.2020)
  13. PUAN MAZNAH BINTI MUSA (01.03.2020 - KINI)

Pejabat Pembangunan Negeri Perlis
Tingkat 1, Blok B
Bangunan Dato’ Mahmud Mat
01000 Kangar
PERLIS

Tel : 04-973 1976
Faks: 04-9760809
Aktiviti 2020
September Ogos Julai Mei Februari Januari