Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Fungsi Seksyen

Fungsi Unit Pentadbiran
  1. Bertanggungjawab ke atas pengurusan am, perolehan dan stor, inventori harta modal, urusan penyelenggaraan dan pembaikan ruang pejabat serta peralatan.
  2. Melaksana arahan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA), keputusan Kerajaan dan keputusan Ibu Pejabat yang berkaitan dengan pentadbiran.
  3. Mengurus setiakan mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus, Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) dan Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK).
  4. Mengurus perkhidmatan dan personel anggota kontrak dan tetap. 
  5. Mengurus perkhidmatan logistik, keselamatan dan pentadbiran am.
  6. Mengurus majlis-majlis rasmi persekutuan di peringkat negeri yang melibatkan Y.A.B Perdana Menteri, Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri dan Anggota Pentadbiran.

      Fungsi Unit Kewangan

  1. Mengurus dan mengawal belanjawan yang meliputi menyedia dan mengemaskini belanjawan tahunan, mengurus dan mengawal peruntukan, menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
  2. Mengurus kewangan am yang meliputi pengurusan, penyelenggaraan dan memantau panjar wang runcit, mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer dan mengurus keselamatan peti besi atau bilik kebal di mana wang awam dan barang bernilai disimpan.
  3. Mengurus terimaan yang meliputi menerima, merekod semua jenis wang awam dan mengeluarkan resit-resit rasmi Kerajaan, mengumpul dan menyerahkan laporan terimaan wang awam kepada Ketua Jabatan dan Pegawai Pengawal dan menyedia penyata pemungut dan memasukkan terimaan ke bank.
  4. Menjadi urus setia Jawatankuasa Perolehan Persekutuan dan urus setia Jawatankuasa Sebut Harga Persekutuan.

     Fungsi Unit Teknologi Maklumat

  1. Mengurus sistem maklumat mengenai pelaksanaan program dan projek yang diluluskan di peringkat ibu pejabat, kementerian dan peringkat negeri secara berkesan.
  2. Menyelenggara sistem-sistem berkomputer bagi membantu menjayakan rancangan pembangunan teknologi maklumat yang lebih cekap dan berkesan dalam pengurusan projek-projek secara langsung dan tidak langsung.
  3. Memberi latihan dan kefahaman tentang penggunaan IT dalam pengurusan projek kepada pegawai-pegawai yang terlibat tentang sistem dengan pengesanan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang telah diluluskan secara berterusan.
  4. Membudayakan penggunaan teknologi maklumat yang berkesan dalam pengurusan projek dan pengurusan pejabat.
  5. Memberi khidmat teknikal kepada agensi/jabatan peringkat negeri.
  6. Merancang keperluan IT di peringkat negeri.

  1. Mengesan pelaksanaan program/projek pembangunan yang diluluskan oleh Kerajaan di bawah rancangan pembangunan negara melalui SPP II dan di bawah Arahan No.1 Tahun 2018, Jentera Penyelarasan Pelaksanaan.
  2. Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan projek-projek Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) di peringkat negeri menerusi laporan prestasi pelaksanaan projek, tindakan intervensi dan mesyuarat khas dengan jabatan/agensi.
  3. Menyelaras tugas-tugas pemantauan, penganalisaan dan penilaian pencapaian pelaksanaan dasar/program/projek serta mengambil langkah intervensi bagi menyelesaikan masalah-masalah pelaksanaan yang berbangkit bagi kementerian dan agensi terlibat.
  4. Melaporkan atau menyediakan ulasan kepada Majlis Tindakan Persekutuan Peringkat Negeri (MTNg) mengenai kemajuan, isu dan masalah pelaksanaan projek secara berkala.
  5. Merancang dan melaksanakan tugas keurusetiaan bagi mesyuarat (MTNg) di bawah Arahan No.1 Tahun 2018, Jentera Penyelarasan Pelaksanaan.

  1. Bertanggungjawab mengurus peruntukan-peruntukan khas YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Senator, YB Ahli-ahli Parlimen, Peruntukan Penyelenggaraan Masjid/Surau, Peruntukan Kecil Persekutuan dan Projek Kecemasan serta menentukan projek-projek yang dilaksanakan dengan segera dan mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan.
  2. Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS), Kementerian Kewangan.
  3. Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan projek khas di Perlis.
  4. Menyediakan Laporan dan Ulasan ke atas permohonan khas oleh Ibu Pejabat yang dikemukakan dari semasa ke semasa.

  1. Menyedia pelan strategik di peringkat negeri dan daerah serta merangka kajian dasar kemiskinan, kaedah pelaksanaan program dan pengurusan maklumat kemiskinan.
  2. Memantau dan menguruskan penyediaan rekod keseluruhan data perangkaan dan pemetaan kemiskinan serta memastikan kesahihan data dan analisis perangkaan kemiskinan seluruh negeri.
  3. Menguruskan tugas keurusetiaan jawatankuasa focus group dan Jawatankuasa Kemiskinan di peringkat negeri termasuk pengurusan laporan dan maklum balas kemajuan program pembasmian kemiskinan daripada jabatan yang terlibat.
  4. Mengurus laporan kepada jawatankuasa/kerajaan negeri dalam merancang, melaksanakan, memantau dan menilai semula kesan kepada program pembasmian kemiskinan bersama agensi yang terlibat dan juga pelaksanaan serta pemantauan melalui eKasih.
  5. Memantau dan menilai impak pelaksanaan program dan projek pembasmian kemiskinan.
  6. Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dan rintangan jika pelaksanaan program/projek menjejaskan objektif dasar pembasmian kemiskinan.
  7. Mengkaji semula sistem dan mekanisma pelaksanaan program/projek bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaannya dan mempercepatkan pencapaian pembasmian kemiskinan khususnya kemiskinan tegar.

Bahagian Ukur Bahan
  1. Menyelaras urusan pentadbiran kontrak projek-projek pembangunan untuk 19 Kementerian.
  2. Menyelaras dan menguruskan Pentadbiran Pra dan Pos Kontrak serta mengurus dan membuat perakuan tender untuk disetuju terima oleh Lembaga Tender.
  3. Menyelaras dan menguruskan pengeluaran Surat Setuju Terima Tender kepada Kontraktor yang berjaya.
  4. Menyelaras perlantikan dan mengawasi perkhidmatan perunding serta menyelaras urusan penjualan tender dan sebut harga.

     Bahagian Bangunan 

  1. Merancang dan mengurus pelaksanaan projek-projek pembangunan untuk 12 Kementerian.
  2. Merancang dan menyelaras projek yang dilaksanakan oleh perunding dengan jabatan pelanggan serta merekabentuk dan menyelaras kerja-kerja yang dikendalikan terus oleh jabatan.
  3. Menguruskan peruntukan projek-projek pembangunan dari kementerian-kementerian yang berkaitan.
  4. Memantau dan menyediakan laporan kemajuan projek-projek dalam perancangan dan pembinaan.

    Bahagian Jalan/Infrastruktur

  1. Merancang dan mengurus pelaksanaan projek-projek pembangunan untuk 7 Kementerian.
  2. Merancang dan menyelaras projek yang dilaksanakan oleh perunding dengan jabatan pelanggan.
  3. Merancang dan menyelaras projek yang dilaksanakan oleh perunding dengan jabatan pelanggan serta mereka bentuk dan penyelaras kerja-kerja yang dikendalikan terus oleh jabatan.
  4. Menyelaras kerja sebut harga yang dipanggil dan menjadi Penasihat Teknikal Jawatankuasa Perlantikan Perunding Peringkat Agensi.
  5. Menguruskan peruntukan projek-projek pembangunan dari Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pelajaran.
  6. Memantau dan menyediakan laporan kemajuan projek-projek dalam perancangan dan pembinaan.

Pejabat Pembangunan Negeri Perlis
Tingkat 1, Blok B
Bangunan Dato’ Mahmud Mat
01000 Kangar
PERLIS

Tel : 04-973 1976
Faks: 04-9760809
Aktiviti 2020
September Ogos Julai Mei Februari Januari