Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti 2020
Ziarah Kasih Sempena Program Kembara Merdeka PPN Perlis tahun 2020

Ziarah Kasih Sempena Program Kembara Merdeka PPN Perlis tahun 2020

Kangar, 28 Ogos 2020 - Sempena dengan bulan kemerdekaan, PPN Perlis tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyambut hari yang penuh bersejarah ini. Program Kembara Merdeka PPN Perlis Tahun 2020 ini telah diadakan bertempat di Kampung Bakau, Kangar Perlis.
Program ini dihadiri oleh YBrs Puan Maznah Binti Musa Pengarah Pembangunan Negeri Perlis dan turut disertai oleh wakil Jabatan Kebajikan Malaysia Negeri Perlis (JKM). 2 KIR yang disantuni dalam program ini iaitu En Ali Bin Berhan dan Puan Salmiah Binti Saad.
Isteri KIR pertama, En Ali Bin Berhan menghidapi kanser payudara tahap 4 dan mendapat rawatan kimoterapi di Pulau Pinang. Sehubungan itu bagi meringankan beban KIR, PPN Perlis memohon bantuan pihak JKM Perlis agar dapat mempertimbangkan sejumlah peruntukan bagi keluarga ini.

KIR kedua, Puan Salmiah Binti Saad memerlukan bantuan baik pulih rumah beliau susulan kejadian ribut yang telah merosakkan sebahagian bumbung rumah beliau. Beliau merupakan ibu tunggal yang kematian suami sejak 3 tahun yang lepas. KIR ini hanya bergantung kepada 2 anak yang bekerja sebagai pembantu kedai dan pasaraya di sekitar Kangar. PPN Perlis sedang mempertimbangkan bantuan dengan kadar segera kepada keluarga ini.

YBrs Pengarah Pembangunan Negeri Perlis telah menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban kedua-dua KIR tersebut.

GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 28/08/2020

106 Capaian

Pejabat Pembangunan Negeri Perlis
Tingkat 1, Blok B
Bangunan Dato’ Mahmud Mat
01000 Kangar
PERLIS

Tel : 04-973 1976
Faks: 04-9760809
Aktiviti 2020
September Ogos Julai Mei Februari Januari