Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti 2020
Bengkel Pelaksanaan Pembancian Secara Atas Talian (eCensus)

Bengkel Pelaksanaan Pembancian Secara Atas Talian (eCensus)

19 Ogos 2020 : PPN Perlis dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Negeri Perlis telah mengadakan bengkel Pelaksanaan Pembancian Secara Atas Talian (e-Census) sempena Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, PPN Perlis. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Pathmavathi a/p Pulanaidu, Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Perlis dan Timbalan Pengarah Encik Wan Mohd Hanif bin Wan Adnan. Objektif pelaksanaan banci adalah untuk mengumpul stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci sehingga ke peringkat geografi terkecil sebagai penanda aras bagi ciri-ciri demografi dan sosio-ekonomi penduduk. Data banci yang terkini dan komprehensif akan menjadi sumber utama dan penting dalam penyediaan rancangan pembangunan Negara. Program ini telah mendapat sambutan baik daripada semua kakitangan PPN Perlis.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Pengurusan Dan Kewangan
Kemas kini 19/08/2020

269 Capaian

Pejabat Pembangunan Negeri Perlis
Tingkat 1, Blok B
Bangunan Dato’ Mahmud Mat
01000 Kangar
PERLIS

Tel : 04-973 1976
Faks: 04-9760809
Aktiviti 2020
September Ogos Julai Mei Februari Januari