Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti 2020
Program Lawatan Intervensi Projek Sakit/ Bermasalah Negeri Perlis

Program Lawatan Intervensi Projek Sakit/ Bermasalah Negeri Perlis

Lawatan intervensi yang diadakan dari 5 Ogos 2020 hingga 7 Ogos 2020 telah disertai oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Pejabat Pembangunan Negeri Perlis (PPN Perlis). Lawatan ini diadakan bagi mengenalpasti masalah yang timbul bagi projek-projek sakit di Negeri Perlis. Terdapat tujuh (7) projek sakit yang dilawati seperti berikut:

1)    Projek UniMAP Pembinaan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Makmal dan Pembinan Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik & Makmal;
2)    Projek UniMAP Pembinaan Dewan Besar;
3)    Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dengan Kuarters Pauh, Perlis;
4)    Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 7) Dengan Kuarters Chuping, Perlis;
5)    Projek Pembinaan RKAT Pelbagai Kelas di Kem Oran, Perlis;
6)    Projek Pembinaan Mahkamah Baharu Kangar; dan
7)    Projek Naiktaraf Unit Rawatan Rapi, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.

Sesi libat urus bersama pihak pemilik, pihak pelaksana dan kontraktor telah membincangkan pelbagai isu dan permasalahan yang dihadapi dalam penyiapan pembangunan projek masing-masing. Mesyuarat intervensi ini antara lain telah dapat mengenalpasti langkah-langkah bersesuaian yang akan diambil oleh pihak pelaksana dan kontraktor dalam usaha menyiapkan projek masing-masing.

GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Pemantauan Dan Penilaian
Kemas kini 05/08/2020

288 Capaian

Pejabat Pembangunan Negeri Perlis
Tingkat 1, Blok B
Bangunan Dato’ Mahmud Mat
01000 Kangar
PERLIS

Tel : 04-973 1976
Faks: 04-9760809
Aktiviti 2020
September Ogos Julai Mei Februari Januari