Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Taklimat Peranan Dan Fungsi PPN Perlis Dalam Skop eKasih

Taklimat Peranan Dan Fungsi PPN Perlis Dalam Skop eKasih

Satu sesi taklimat dan penerangan berkaitan fungsi dan peranan PPN Perlis dalam skop eKasih telah dijalankan pada 22 Februari 2020 bertempat di kampung sempering. Program yang bermula pada jam 8.00 pagi itu menyasarkan penduduk sekitar kampung sempering untuk menerangkan dan menjelaskan maklumat berkaitan pangkalan data eKasih, tatacara yang betul dan syarat kelayakan mendaftar eKasih supaya memudahkan penduduk kampung kubang menerung mendaftar eKasih sebagai salah satu syarat dalam memohon bantuan kerajaan.

Program ini turut disertai Polis Kontinjen Perlis yang memberi taklimat berkaitan bahaya pengguanaan dadah disamping sesi semakan eKasih oleh PPNPs. Sesi ini tamat pada jam 1.00 petang dan dirasmikan oleh YB Tuan Asrul Nizan Bin Abd Jalil ADUN Sena.

GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 22/02/2020

95 Capaian

Pejabat Pembangunan Negeri Perlis
Tingkat 1, Blok B
Bangunan Dato’ Mahmud Mat
01000 Kangar
PERLIS

Tel : 04-973 1976
Faks: 04-9760809
Aktiviti 2020
September Ogos Julai Mei Februari Januari