Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Taklimat Peranan Dan Fungsi PPN Perlis Dalam Skop eKasih

Taklimat Peranan Dan Fungsi PPN Perlis Dalam Skop eKasih

Satu sesi taklimat dan penerangan berkaitan fungsi dan peranan PPN Perlis dalam skop eKasih telah dijalankan pada 12 Februari 2020 bertempat di kampung Kubang Menerung Pauh. Program yang bermula pada jam 3.00 petang itu menyasarkan penduduk sekitar Kampung Kubang Menerung untuk menerangkan dan menjelaskan maklumat berkaitan pangkalan data eKasih, tatacara yang betul dan syarat kelayakan mendaftar eKasih supaya memudahkan penduduk kampung Kubang Menerung mendaftar eKasih sebagai salah satu syarat dalam memohon bantuan kerajaan.

Program ini turut disertai Jabatan Pertanian Negeri Perlis yang memberi taklimat berkaitan penanaman pokok yang berkesan disamping sesi semakan eKasih oleh PPN Perlis.Sesi ini tamat pada jam 6.00 petang dan dirasmikan oleh YB Rozieana Binti Ahmad ADUN Pauh.

GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 12/02/2020

103 Capaian

Pejabat Pembangunan Negeri Perlis
Tingkat 1, Blok B
Bangunan Dato’ Mahmud Mat
01000 Kangar
PERLIS

Tel : 04-973 1976
Faks: 04-9760809
Aktiviti 2020
September Ogos Julai Mei Februari Januari